“Jangan asyik buka tutup sekolah, menyusahkan..” – Tok Mat

Dari Penulis

KEMENTERIAN Pendidikan tidak boleh sentiasa membuat keputusan yang berubah-ubah mengenai sistem pembelajaran di negara ini kerana ia menyusahkan para pelajar, ibu bapa dan guru-guru, kata Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Selepas memaklumkan yang pelajar dan guru akan mengikuti pengajaran dan pembelajaran dari rumah (PdPR) ketika COVID-19 yang memaksa ibu bapa membeli komputer atau gajet untuk anak mereka, kementerian itu sekali lagi membuat kejutan apabila mengumumkan pembukaan sekolah secara berperingkat mulai 1 Mac.

MOHAMAD HASAN

“Keputusan membuka dan menutup ini sekolah secara sela menyela (flip flop) ini harus dihentikan.

“Ia sangat menyusahkan pelajar dan ibu-bapa dan guru-guru. Kebanyakan ibu bapa telah bergolok bergadai untuk membelikan pelbagai peranti digital bagi pembelajaran secara online,” katanya dalam satu kenyataan di laman Facebook miliknya hari ini.

Beliau berkata, semua keputusan itu sangat membebankan kepada mereka yang berpendapatan rendah dan mempunyai keluarga besar dan kerajaan pula baru sahaja melancarkan DidikTV bagi maksud menjayakan mod PdPR

BERITA BERKAITAN Aplikasi pendidikan dalam talian elak jangkitan COVID-19

“Semua ini menghantar isyarat yang sangat mengelirukan tentang kemana hala tuju sebenar mod pendidikan digital KPM,” katanya.

Beliau berkata, kementerian wajar memperkasakan pembelajaran digital sementara negara pulih sepenuhnya dari wabak COVID-19 dengan mengambil kira segala kemungkinan dan kemampuan negara menanggani wabak ini sebelum membuat keputusan membuka semula sekolah.

“Pendidikan anak-anak kita adalah urusan penting yang tidak boleh terhenti dan menjadi kucar kacir dengan keputusan secara sela menyela sebegini,” tambahnya. – UtusanTV

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Warga emas pandu kereta lawan arus tersepit rempuh lori di Bentong

SEORANG warga emas berusia 74 tahun tersepit selepas kereta dipandunya yang dipercayai bergerak melawan arus bertembung dengan sebuah lori...

More Articles Like This