Jika sudah sampai ajal, macam-macam cara boleh berlaku yang membawa kepada kematian seseorang itu. Ada antaranya punca yang menyebabkan kematian itu agak aneh seperti kisah di bawah ini.

1.Suatu hari pada tahun 1771, Adolf Frederick (raja Sweeden) dihidangkan udang galah, kubis jeruk, telur, ikan dan arak sewaktu makan. Hidangan itu turut disertakan dengan 14 jenis sajian pencuci mulut. Akibat terlalu banyak makan, raja itu mati kerana masalah pencernaan. Tubuhnya gagal menghadamkan makanan yang terlalu banyak masuk ke dalam badan dalam masa singkat.

2.Pada tahun 1755, Henry Hall, lelaki berusia 94 tahun merupakan orang paling tua di kalangan penjaga rumah api Rudyard. Sewaktu bertugas, berlaku percikan api pada bahagian atas menara yang kemudian bertukar menjadi kebakaran.

Henry cuba memadam api tetapi gagal lalu dia berlari turun ke bawah. Sampai di bawah, lelaki tua ini mendongak ke atas, mungkin untuk melihat kebakaran yang sedang berlaku di atas menara. Ketika itulah  serta merta mentol yang sedang cair dimamah api jatuh tepat masuk ke dalam kerongkongnya. Angkara mentol itu, Henry menemui ajal di situ juga. Kini serpihan mentol tersebut masih disimpan dalam koleksi Muzium Scotland.

3.James Otis Jr  adalah seorang lelaki yang menyimpan impian agar mati disambar petir. Kepada ahli keluarga dan rakan-rakan, dia sering menceritakan impiannya yang berdoa agar mati dengan cara diinginkan.

Akhirnya pada 23 Mei 1783, petir menyambar cerobong asap rumah kawannya. Kebetulan James berada di laluan pintu rumah yang sangat hampir dengan cerobong itu. Akibatnya, dia turut terkena sambaran petir. Dia mati pada usia 58 tahun. Doanya dimakbulkan Tuhan.

4.Pada 14 Januari 1877 di bahagian selatan Dakota, Amerika Syarikat, berlaku satu insiden aneh kepada lelaki bernama David Lunt. Dalam pergelutan yang berlaku di sebuah salun, seorang lelaki memegang pistol telah melepaskan tembakan. Ia mengenai kepala David.

Secara logik, mangsa akan mati dengan tembakan begitu. Namun, David sembuh dan menjalani kehidupan seperti biasa. Tapi tidak lama apabila dia mengalami sakit kepala yang teruk selepas 67 hari kejadian tersebut. David akhirnya mati pada 22 Mac 1877. Menurut laporan bedah siasat, punca kematian disebabkan tembakan peluru itu. 

5.Seorang penulis novel Amerika, Sherwood Anderson mati kerana tertelan pencungkil gigi semasa berparti. Ia berlaku dalam sebuah kapal persiaran mewah yang berlayar dari Santa Lucia ke Amerika Selatan.

Awalnya, Sherwood mengadu sakit pada bahagian abdomen. Dia dibawa ke hospital dan akhirnya mati di sana pada 8 Mac 1941. Mengikut laporan bedah siasat, Kurt mati disebabkan tidak sengaja tertelan pencungkil gigi semasa makan hidangan pembuka selera. Hidangan itu mempunyai pencungkil gigi sebagai hiasan.

6.Pemandu Formula One, Alan Stacey, terbunuh semasa perlumbaan Belgian Grand Prix pada tahun 1960. Kereta Lotus 18-Climax yang dipandunya terbabas pada kelajuan 190km. Kemalangan itu meragut nyawa Alan di tempat kejadian. Punca kemalangan bukan kerana kelajuan, tapi kerana seekor burung yang jatuh dan tepat mengenai muka Alan. Kerana terkejut dan tumpuannya terganggu, keretanya terbabas.

7.Siapa yang minat main besbol? Hati-hati ya. Sebab dengan bermain besbol boleh membawa maut.  Hal ini berlaku pada seorang pemain besbol Amerika, Jim Creighton yang mati semasa membuat pukulan. Semasa perlawanan besbol menentang  Persatuan Morrisania, dia menghayun kayu besbol terlalu kuat sehingga mencederakan diri yang mengakibatkan kecederaan dalaman dan pundi kencingnya pecah. Dia mati pada 18 Oktober 1862 selepas empat hari kejadian itu berlaku.

8.Seorang pakar matematik, Kurt Godel telah mati kerana tidak dapat makan masakan isterinya.  Adele, isteri Kurt telah dimasukkan ke hospital selama enam bulan pada tahun 1978. Jadi Adele tidak boleh memasak untuk Kurt yang hanya makan masakan isterinya. Bukannya Kurt tidak boleh makan di luar tetapi dia sangat fobia jika makanan diracun. Ketakutan memakan diri sendiri apabila dia mati kelaparan. Berat badannya ketika meninggal tidak sampai 30 kilogram.