Penguat kuasa pula jadi punca kluster COVID-19 di Sabah

Dari Penulis

SABAH merekodkan satu kluster baharu COVID-19 yang berpunca daripada seorang penguat kuasa di daerah Kota Belud, semalam.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Datuk Masidi Manjun berkata, sehingga semalam, seramai 13 individu disahkan dijangkiti Covid-19 yang dikaitkan dengan kluster berkenaan.

“Kes indeks adalah penguat kuasa yang dikesan positif hasil saringan bergejala di sebuah pusat perubatan di Kota Belud pada 11 Februari lalu.

“Susulan kes itu, lima kes positif COVID-19 disahkan melalui saringan bergejala dan tujuh kes lagi dikesan melalui saringan kontak rapat,” katanya dalam kenyataan perkembangan Covid-19 Sabah, di sini, malam tadi.

Semalam, Sabah merekodkan sebanyak 109 kes baharu positif Covid-19 dengan satu kematian di Kota Kinabalu, manakala seramai 112 pesakit dilaporkan sembuh.

BERITA BERKAITAN Kluster pusat perubatan di KL antara 10 kluster baharu

Setakat semalam, seramai 831 pesakit COVID-19 masih dirawat atau menjalani kuarantin di hospital dan Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) di seluruh negeri.

Masidi yang juga jurucakap COVID-19 Sabah, berkata jumlah itu mewakili 14.18 peratus penggunaan katil daripada sebanyak 5,860 unit katil yang disediakan untuk kes Covid-19 ketika ini.

Sementara itu katanya, daripada 109 kes baharu yang dilaporkan semalam, sebanyak 49 kes atau 44.9 peratus dikesan melalui saringan kluster baharu dan sedia ada.

“Sebanyak 40 kes atau 36.7 peratus pula dikesan melalui saringan kontak rapat, manakala 15 kes atau 13.8 peratus dikesan melalui saringan bergejala,” katanya.

Setakat semalam, bilangan daerah dalam zon merah kekal 13, manakala masing-masing tujuh daerah berada dalam zon jingga dan kuning.

Sebanyak 14 daripada 27 daerah di Sabah tidak merekodkan sebarang kes baharu semalam, manakala sembilan daerah merekodkan kes satu angka, masing-masing antara satu hingga lima kes. – Agensi

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Empat direman dera pembantu rumah di Johor

DUA pasangan suami isteri ditahan polis selepas dipercayai terbabit dalam insiden memukul tiga pembantu rumah warga Indonesia yang rakaman...

More Articles Like This