HARI ini bermulalah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan yang menyaksikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai individu pertama disuntik dos berkenaan.
Selepas selesai menerima suntikan tersebut, Perdana Menteri melalui laman Facebook miliknya mengeluarkan kenyataan mengenai peristiwa bersejarah tersebut dan seterusnya menyeru rakyat di negara ini samada warganegara atau bukan warganegara agar mendaftar untuk menerima suntikan tersebut melalui aplikasi MySejahtera.

Berikut kenyataan penuh beliau:-
“Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Alhamdulillah, hari ini saya bersama petugas barisan hadapan, termasuklah Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, telah menerima suntikan vaksin COVID-19 di Pejabat Kesihatan Daerah Putrajaya.
Hari ini juga merupakan permulaan pelaksanaan Fasa Pertama Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.
Saya ingin merayu kepada seluruh rakyat Malaysia dan mereka yang menetap di Malaysia, yang layak untuk diberikan vaksin COVID-19, supaya mendaftar menerusi aplikasi MySejahtera.

BERITA BERKAITAN Muhyiddin melawat pusat simpanan vaksin di Institut Kanser Negara
Kerajaan sebelum ini juga telah memutuskan pemberian vaksin COVID-19 ini adalah percuma untuk warganegara dan bukan warganegara.
Yakin dan percayalah bahawa usaha yang sedang dilakukan oleh Kerajaan Perikatan Nasional ini adalah untuk melindungi rakyat daripada jangkitan COVID-19.
Dengan pelaksanaan vaksinasi COVID-19 ini, diharapkan agar situasi pandemik di dalam negara kita dapat dibendung, sekaligus mengurangkan penularan jangkitan virus COVID-19.
Insya-Allah.
Vaksinasi COVID-19
Lindung Diri, Lindung Semua.
#LindungDiriLindungSemua
Tan Sri Muhyiddin Yassin
Perdana Menteri Malaysia

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram.

