Tan Sri, dua Datuk ‘eksport’ dadah ke empat negara guna khidmat kargo udara dan perkapalan

Dari Penulis

SEORANG individu bergelar Tan Sri dan dua orang Datuk yang dikenalpasti oleh pihak polis menjadi dalang sindiket penyeludupan dadah sejak empat tahun lepas berselindung di sebalik perniagaan mereka yang sah.

Aktiviti pengedaran dadah jenis kokain oleh ketiga-tiga individu itu sukar dikesan sebelum ini kerana mereka berselindung di sebalik perniagaan perhotelan, perkapalan, pengangkutan dan pembuatan besi.

Semalam, Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador mendedahkan bahawa Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengenal pasti dalang utama sindiket penyeludupan dadah di negara ini yang berselindung di sebalik status Tan Sri dan Datuk.

Ketika dihubungi Harian Metro hari ini, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Bukit Aman Datuk Razarudin Husain berkata, kehidupan mewah mereka sebenarnya adalah hasil daripada penyeludupan dan pengedaran dadah kokain, bukannya dari perniagaan yang sah.

Beliau berkata, berdasarkan perisikan awal yang dijalankan, orang bawahan atau suruhan kepada tiga Tan Sri dan Datuk ini akan menguruskan penghantaran dadah ke Indonesia, Taiwan, Hong Kong dan Australia menggunakan kargo udara dan khidmat perkapalan.

Katanya, kes rampasan 12 tan kokain bernilai RM2.4 bilion yang disembunyikan dalam arang batu serta menjadi sejarah rampasan terbesar dadah dalam negara di Terminal Kargo Utara Butterworth, Pulau Pinang, pada 10 September 2019, dipercayai turut mempunyai kaitan dengan Tan Sri dan Datuk terbabit.

BERITA BERKAITAN Polis kenal pasti ‘Tan Sri’, ‘Datuk Seri’ dalang utama sindiket dadah

Ketiga-tiga kenamaan itu juga dikesan tidak menggunakan kakitangan perniagaan sah untuk aktiviti ‘perniagaan’ pengedaran dan penyeludupan dadah bagi mengelak sebarang kebocoran maklumat sekiranya kakitangan terbabit mengetahui tentang kegiatan dadah,” katanya kepada akhbar tersebut.

Menurutnya, Tan Sri dan Datuk ini mempunyai kakitangan lain untuk melaksanakan perniagaan dadah mereka daripada proses membawa masuk dadah menggunakan perairan negara, penyimpanan sehinggalah proses pengedaran ke luar negara.

“Tindakan JSJN Bukit Aman, pada masa ini adalah mengumpulkan maklumat dan bukti kukuh daripada ahli-ahli sindiket pengedaran dadah tempatan yang sudah diberkas sebelum ini sebelum melakukan tindakan tangkapan ke atas Tan Sri dan Datuk terbabit.

“Malah kita juga sudah menahan beberapa ‘anak buahnya’ melalui beberapa kejayaan yang sudah dilakarkan dalam operasi-operasi sebelum ini yang membabitkan peringkat Bukit Aman, Kontinjen dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di seluruh negara,”katanya.

Razarudin berkata, adalah amat penting bagi pasukannya mengumpulkan bukti kukuh sebelum sesuatu tindakan tangkapan dilaksanakan bagi memastikan ketiga-tiga dalang utama ini menerima hukuman sewajarnya mengikut peruntukan undang-undang yang ada.

“Ada pepatah yang menyatakan ‘jerat selalunya tak lupakan pelanduk’ dan kita akan memberkas mereka yang dikesan aktif apabila segala bukti yang kita ada jelas menunjukkan pembabitan mereka dalam kegiatan pengedaran dan penyeludupan dadah,” katanya. – Agensi

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Sindiket potong minyak masak peket tumpas, 59 tan dirampas – KPDN

KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menumpaskan satu rangkaian sindiket penyelewengan minyak masak peket bersubsidi yang...

More Articles Like This