8,982 pegawai dan anggota Polis Johor akan disuntik vaksin

Dari Penulis

SERAMAI 8,982 daripada 10,000 pegawai dan anggota Polis Diraja Johor Malaysia (PDRM) Kontinjen Johor akan menerima suntikan vaksin imunisasi COVID-19.

Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata baki 1,018 anggota dan pegawai lagi dikecualikan daripada menerima suntikan vaksin tersebut atas nasihat doktor setelah mengambil kira keadaan kesihatan masing-masing.

“Dalam program suntikan vaksin imunisasi COVID-19 ini, seramai 4,000 pegawai dan anggota akan diberikan vaksinasi, manakala lebih daripada 4,000 pegawai dan anggota lagi akan diberikan pada fasa kedua.

“Namun daripada keseluruhan jumlah itu, seramai 1,018 akan dikecualikan kerana isu kesihatan seperti mengandung, penyakit kronik dan alahan,” katanya kepada pemberita selepas menerima suntikan vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Peringkat Negeri Johor di Dewan Muafakat Johor, Taman Adda, di Johor Bahru  hari ini.

Mendahului senarai penerima suntikan hari ini alah Menteri Besar Ir Datuk Hasni Mohammad, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri R. Vidyananthan dan Pengarah Kesihatan Johor Datuk Dr Aman Rabu.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Polis Shah Alam berjaya tahan suspek kes cabul, liwat remaja berusia 15 tahun

PIHAK polis berjaya menahan suspek kes cabul dan liwat melibatkan dua remaja berusia 15 tahun seperti yang tular di...

More Articles Like This