Rina Gunawan meninggal dunia selepas seminggu masuk ICU, alami gejala Covid-19

Dari Penulis

PENYANYI Indonesia, Rina Gunawan,47, meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pertamina Simprug, Jakarta, semalam selepas dipercayai mengalami gejala virus Covid-19.

Namun, punca kematian Rina atau Rina Mustikana Gumilang Gunawan masih belum disahkan sama ada dia meninggal dunia disebabkan wabak tersebut atau penyakit lain termasuklah asma dan radang paru-paru yang dihidapnya sebelum ini.

Menurut suami Rina iaitu Teddy Syah, isterinya itu sudah seminggu dimasukkan ke ICU dan menghembuskan nafas terakhir pada pukul 6.45 petang (waktu Indonesia) semalam.

Jenazah Rina selamat dikebumikan di TPU Tanah Kusir, Jakarta Selatan pada pukul 9.30 pagi tadi. Difahamkan, Rina dikebumikan dalam satu liang lahad dengan arwah bapanya, TB Atik Junaedi yang pergi menghadap Ilahi lima tahun lalu.

Majlis pengebumian yang dijalankan mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) Covid-19 itu turut dihadiri Teddy yang memakai sut pakaian perlindungan peribadi (PPE) yang kelihatan tidak dapat menahan air mata menangisi pemergian isteri tercinta.

Rina memulakan karier nyanyiannya pada 1995 dan menghasilkan album berjudul Yudi pada tahun yang sama.

Allahyarham yang merupakan anak kelahiran Bandung, Indonesia itu turut aktif dalam bidang pengacaraan dan pernah mengendalikan program seperti Campur-Campur dan Ruming.

Selain itu, dia juga pernah terbabit dalam sinetron termasuklah Erte Erwe (Rumah Tangga Ruwet), Pat Pat Gulipat dan Mat Angin.

Selain itu, Rina juga memiliki perniagaan perancang perkahwinan dan acara yang diusahakan sejak 20 tahun lalu.

Rina mendirikan rumah tangga dengan Teddy pada 11 April 1999. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata, Aqshal Ilham Syafatullah dan Karnisya Rahmasyach.

SUMBER: Tribun News


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Selepas 7 tahun menyepi, Jason Mraz pilih Malaysia untuk konsert mega Oktober depan! Tiket mula dijual 11 Jun ini

SELEPAS tujuh tahun menanti, peminat muzik tempatan bakal kembali disatukan dengan pelantun lagu hit global I’m Yours, Jason Mraz,...

More Articles Like This