Parti liar: Polis akan didakwa jika sah positif dadah – KP Perak

Dari Penulis

KECOH juga negara baru-baru ini apabila seorang pegawai polis dan lima anggota ditahan ketika sedang menghadiri parti liar dan disyaki mengambil dadah di sebuah pangsapuri di Ipoh pada 26 Februari lalu.

Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, polis masih menunggu hasil laporan ujian saringan air kencing kali kedua daripada pakar patologi berhubung kes tersebut dan tindakan susulan akan diambil sejurus menerima laporan berkenaan.

Menurutnya, semua anggota itu ditahan reman selama empat hari selepas mendapat perintah mahkamah dan mereka dibebaskan dengan jaminan polis.

“Kita sudah hampir selesai menjalankan siasatan mengikut prosedur biasa.

“Kita akan rujuk kepada timbalan pendakwa raya (TPR) untuk pendakwaan jika analisis di makmal mendapati mereka masih positif dadah,” katanya kepada pemberita selepas Perhimpunan Bulanan Ketua Polis Perak di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hilir Perak di sini, hari ini.

BERITA BERKAITAN: Parti liar, inspektor dan anggota polis ditahan positif dadah

Beliau berkata, pihaknya tidak akan berkompromi dengan sebarang kesalahan walaupun membabitkan anggotanya sendiri.

Katanya, tindakan tegas akan diambil termasuk dibuang kerja atau diturunkan pangkat kepada anggota yang didapati melakukan kesalahan jenayah, penyalahgunaan dadah, rasuah dan salah guna kuasa.

Media sebelum ini melaporkan, seorang pegawai dan lima anggota polis antara 14 individu ditahan dalam serbuan parti liar oleh sepasukan pegawai dan anggota daripada Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak pada 1.30 pagi.

Mior Faridalathrash dilaporkan berkata, hasil ujian saringan awal air kencing mendapati seorang pegawai dan empat anggota positif dadah, satu anggota negatif dadah, manakala lima perempuan tempatan dan dua perempuan warganegara Indonesia positif dadah.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

RUU Jenayah Siber 2026 dibentang, ganti Akta 1997 tangani ancaman AI dan ransomware

KERAJAAN hari ini memulakan langkah memperkukuh benteng keselamatan digital negara apabila membentangkan bacaan pertama Rang Undang-Undang (RUU) Jenayah Siber...

More Articles Like This