Resipi nasi kebuli daging

Dari Penulis

Bagi yang buntu nak masak apa hari ini, apa kata anda cuba resipi nasi kebuli daging yang menyelerakan ini. Resipinya sangat mudah dan semestinya sedap. Jom cuba!

BAHAN
2 cawan beras
200 gm daging cincang
1 cawan susu cair
1 cawan minyak sapi
1 cawan pati daun pandan
2 helai daun pandan – disimpul
3 ulas bawang merah – hiris
1 ulas bawang putih – hiris
2 cm halia – hiris nipis
1 kuntum bunga cengkih
1 kuntum bunga lawang
1 biji buah pelaga
3 cm kulit kayu manis
Sedikit garam

CARA
1.Cairkan minyak sapi dan tumis bawan putih, bawang merah dan halia sehingga naik bau.
2.Selepas itu masukkan daging, bunga cengkih, bunga lawang, buah pelaga, kulit kayu manis, daun pandan dan garam secukup rasa. Masak sehingga daging empuk.
3.Masukkan pati daun pandan, susu cair dan beras. Tambah sedikit air dan kacau rata.
4.Tanak sehingga nasi empuk.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Dari Muzium ke Kopi Durian, KLDEX Tarikan Terbaharu Wajib Singgah di KL!

INDUSTRI agropelancongan dan gaya hidup tempatan bakal melakar sejarah baharu dengan pembukaan rasmi Kuala Lumpur Durian Experience Centre (KLDEX)...

More Articles Like This