Resipi lempeng bawang putih

Dari Penulis

Lempeng bawang putih ni memang sedap. Bukan sahaja sesuai dinikmati waktu sarapan dan minum petang tetapi pada bila-bila masa. Memang wajib cuba.

BAHAN
3 ½ cawan tepung
½ cawan susu cair
4 cawan air
1 biji telur
5 ulas bawang putih – hiris
6 tangkai daun kucai – hiris
Sedikit mentega
Garam

CARA
1.Campur ke semua bahan kecuali mentega dan gaul sehingga adunan sebati.
2.Panaskan kuali leper dengan api sederhana dan cairkan sedikit mentega. Tuangkan sesenduk adunan dan ratakan. Ulang sehingga adunan habis.
3.Masak sehingga garing kuning keemasan.
4.Sedia dinikmati. Hidang bersama sambal tumis atau kuah asam pedas.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Lebih daripada sekadar roti canai: Fatihah Frozen ajak pengguna teroka kreativiti kulinari

BERBEKALKAN azam untuk memartabatkan resipi warisan keluarga, Ketua Pegawai Eksekutif Fatihah Frozen Food Sdn Bhd, Hazirah Che Hasim terus...

More Articles Like This