Resipi singgang sotong…sedap dan mudah disediakan

Dari Penulis

Asyik ulang menu yang sama setiap hari? Pasti rasa jemu. Apa kata cuba resipi singgang sotong yang Saji kongsikan ini. Memang sedap. Sesuai dijadikan hidangan untuk seisi keluarga.

BAHAN
500 gm sotong- cuci dan tuskan
1 sudu kecil garam
1 batang serai
3 ulas bawang merah – hiris
2 ulas bawang putih – hiris
1 tangkai cili merah
1 tangkai cili hijau
1 cm lengkuas
1 keping asam gelugur
800 ml air

CARA
1.Masukkan ke semua bahan ke dalam periuk kecuali sotong.
2.Apabila mendidih masukkan sotong dan cili. Tunggu sehingga sotong empuk.
3.Jangan rebus terlalu lama sotong kerana isi sotong akan kecut.
4.Akhir sekali masukkan cili merah dan cili hijau. Sesuaikan rasa. Angkat dan hidangkan.

Foto & Resipi : Ruzita, Kota Bharu, Kelantan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Lebih daripada sekadar roti canai: Fatihah Frozen ajak pengguna teroka kreativiti kulinari

BERBEKALKAN azam untuk memartabatkan resipi warisan keluarga, Ketua Pegawai Eksekutif Fatihah Frozen Food Sdn Bhd, Hazirah Che Hasim terus...

More Articles Like This