Bahana logam ‘kayangan’, kecurian ekzos berleluasa di UK

Dari Penulis

SEJENIS logam yang ditemukan pada ekzos kereta kini bernilai 20 kali ganda lebih mahal daripada emas mencetuskan gelombang kecurian aksesori itu di seluruh United Kingdom (UK).

Portal The Sun melaporkan, harga rhodium yang digunakan dalam penukar pemangkin melonjak daripada 750 pound (RM4,299) bagi setiap auns atau 28.35 gram pada 2014 kepada 20,000 pound (RM114,645) hari ini.

Insiden kecurian terbaharu berjaya dirakam kamera litar tertutup (CCTV) di Hurley, Warks

Palladium, satu lagi logam ditemukan pada peranti itu kini berharga 1,688 pound seauns (RM9,676) menjadikannya lebih mahal berbanding emas yang hanya dijual pada harga 1,230 pound (RM7,050) seauns.

Pencuri dilapor boleh meraih pendapatan sebanyak 450 pounds (RM2,579) bagi setiap penukar pemangkin yang mereka curi dengan sindiket curi ekzos dilapor meraih jutaan ringgit setiap tahun.

Insiden kecurian terbaharu berjaya dirakam kamera litar tertutup (CCTV) di Hurley, Warks.

Dua pencuri dirakam menjadikan sebuah kereta di parkir di bahu jalan sebagai sasaran dengan melarikan penukar pemangkin dalam tempoh kurang dua minit.

Kecurian itu mengakibatkan pemilik kereta kerugian 1,000 pound (RM5,732) bagi caj baik pulih.

Dua pencuri dirakam menjadikan sebuah kereta di parkir di bahu jalan sebagai sasaran dengan melarikan penukar pemangkin dalam tempoh kurang dua minit.

“Kami melihat beberapa pelanggan datang pada setiap hari membawa kereta mereka ke bengkel selepas penukar pemangkin mereka hilang dicuri. Ia semakin menjadi-jadi.

“Kita tidak dapat menyiapkan kereta mereka dengan cepat pada masa ini kerana terlalu banyak penukar pemangkin yang dicuri,” katanya.

Kebanyakan pencuri tediri dua dan tiga orang biasanya mensasarkan kenderaan jenis Toyota, Honda dan Lexus dan mengambil penukar pemangkin kenderaan itu.

Kereta hibrid menjadi kegemaran pencuri kerana logam itu kurang terhakis menjadikannya lebih bernilai kepada peniaga barang-barang lusuh.

Pencuri kebelakangan ini mensasarkan puluhan kenderaan di luar rumah dekat Stockport, Gtr Manchester selain kenderaan yang diparkir di pasar raya dan hospital.

Menurut data polis, sebanyak 13,000 penukar pemangkin dicuri pada 2019 berbanding hanya 2,000 unit pada tahun-tahun sebelumnya.

Pada 2018, Toyota menggantikan 52 penukar pemangkin kepada pengedarnya  namun angka itu melonjak kepada 8,000 unit tahun lalu.

Pakar percaya aktiviti curi penukar pemangkin akan terus meningkat.

Menurut sumber, pencuri meraih 450 pound (RM2,579) bagi setiap penukar pemangkin dan meningkatkan aktiviti mencuri pada sebelah malam.

“Secara keseluruhan, ia mengakibatkan kerugian jutaan pound kepada pemilik dan syarikat insurans  kerana aktiviti curi itu sangat meluas dan mewah dan patut dianggap sebagai jenayah terancang,” kata sumber itu.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Landskap politik berubah jika Onn Hafiz bawa BN menang PRN Johor – Hassan Karim

LANDSKAP politik negara disifatkan bakal berubah sekiranya Datuk Onn Hafiz Ghazi berjaya membawa Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya...

More Articles Like This