Nak tengok Zahirah MacWilson lakonkan aksi lasak? Kena tonton filem ini!

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

PEMBABITAN pelakon Zahirah MacWilson dalam filem aksi, Bulan & Pria Terhebat diharapkan akan menjadi penanda aras baharu untuk menyaksikan lebih banyak filem yang mengetengahkan wanita sebagai penggerak utama.

Mengakui karakter Bulan membekas kenangan yang cukup indah, Zahirah berkata, dia teruja apabila diberi kepercayaan untuk melakukan sendiri babak aksi yang sangat menguji.

“Saya mempunyai jurulatih yang hebat, malah saya banyak melakukan latihan untuk memantapkan koreografi. Saya tidak punya banyak masa rehat demi memastikan saya melakukan yang terbaik dalam filem ini,” jelasnya.

zahirah macwilson
ANTARA adegan aksi yang dilakonkan oleh Zahirah MacWilson

Justeru itu, Zahirah menyimpan keinginan untuk merasai sendiri keseronokan menonton bersama peminat menerusi tayangan khas, selain mendengar secara langsung maklum balas mereka pada sesi ‘meet & greet’.

Namun, memahami situasi semasa negara yang tidak mengizinkan kerana masih lagi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), dia bagaimanapun akur dan berharap norma baharu itu tidak mempengaruhi kualiti filem.

“Peralihan medium tayangan filem mempunyai kebaikan dan kekurangan tersendiri. Dari satu sudut, ia memberi keselesaan kerana kita dapat mengakses filem dari kediaman sendiri pada bila-bila masa.

“Namun, faktor sosial juga perlu diambil kira. Kita tidak lagi bebas untuk keluar dan bertemu rakan-rakan untuk menikmati filem seperti biasa. Demi keselamatan, ia sesuatu yang harus kita korbankan.

“Setiap yang berlaku mempunyai hikmah yang tersendiri dan kita masih boleh menikmati filem menerusi medium lain seperti TV,” katanya.

Teruja dan tidak sabar menantikan maklum balas penonton terhadap kemunculan pertamanya itu di layar perak, Zahirah berkata, pandemik Covid-19 turut mempengaruhi industri dalam pelbagai cara.

“Pelakon umpamanya, kini bergantung sepenuhnya kepada media sosial untuk mempromosikan projek kami. Ia memberikan cabaran baharu, terutama cara untuk menjangkau penonton.

“Banyak filem yang bagus terpaksa ditangguhkan tayangan kerana pawagam tidak dapat beroperasi dan kekangan itu pasti mempengaruhi perkembangan serta pertumbuhan industri filem,” ujarnya.

Filem arahan Ghaz Abu Bakar itu kembali ditayangkan semula menerusi Astro First bermula 11 Mac lalu. Selain Zahirah, filem terbitan hasil kerjasama Astro Shaw, Nizra Entertainment dan Skop Production itu turut dibintangi Zizan Razak, Aprena Manrose, Maya Karin, Rashidi Ishak, Bell Ngasri, Marissa Yasmin, Didie Alias dan ramai lagi.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Reda rumah tangga runtuh lagi, Kaka Azraff pilih fokus besarkan 3 anak selepas sah bercerai talak dua

SELEPAS pelbagai usaha dilakukan demi mempertahankan mahligai cinta yang dibina, penyanyi, Kaka Azraff akhirnya akur apabila jodohnya bersama suami,...

More Articles Like This