Resipi perapan ala daging harimau menangis. Cicah sos masam manis, terbaik

Dari Penulis

Kalau tak ada daging harimau menangis, tak perlu risau. Jangan menangis. Tukar kepada daging batang pinang dan sediakan mengikut resipi perapan menu popular ini.

Daging batang pinang antara bahagian daging yang cepat lembut dan mudah dikunyah.

Terima kasih Cik Puan Sarah atas perkongsian resipi.

Bahan perapan:

Lada hitam
Daging – hiris senipis yang boleh, baru cepat masak
3 sb Kicap manis
3 sb Kicap lemak/manis
5 sb Sos tiram
Suku botol Madu

*jika tiada kicap, letakkan kicap kipas udang saja pun boleh
*jika suka daging berwarna hitam, letakkan lebih sedikit kicap. JIka tak mahu gelap sangat, letakkan dua sudu kicap sudah memadai.
*jika nak letak garam pun boleh, terpulang.

Cara :

Hiris daging nipis-nipis. Tumbuk lada hitam sehingga hancur.
Letakkan semua bahan kicap.
Bahan sos :

Daun ketumbar – hiris halus
Jus Limau/lemon
Cili – jika nak pedas, lebihkan
Gula
Sos thai
Potong dadu bawang putih dadu.
Masukkan semua bahan.
Campurkan semua sos.
Perap daging di dalam peti ais. Lebih lama lebih sedap.
Masak atau bakar daging sehingga kering air daging.

Sumber : Cik Puan Sarah


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Permintaan emas meningkat, KESS sasar 30 cawangan baharu tahun ini!

KEDAI Emas Sri Semantan Sdn Bhd (KESS), jenama yang gah dengan jolokan 'Soorga Emas Preloved', terus mengorak langkah agresif...

More Articles Like This