Cabul anak kandung sejak 2010, Datuk Seri bakal didakwa

Dari Penulis

DATUK Seri cabul anak kandung.

Jenayah keji itu bukan baru dilakukan bahkan sejak 10 tahun lalu.

Anaknya itu pun kini sudah berusia 20 tahun dan membuat laporan polis pada 14 Januari lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Saiful Azly Kamaruddin berkata, setelah lengkap siasatan, ahli perniagaan bergelar Datuk Seri itu akan didakwa di Mahkamah Sesyen pada Isnin ini.

“Kelmarin, polis menerima arahan untuk pertuduhan daripada Jabatan Peguam Negara, Putrajaya terhadap suspek mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan dan Seksyen 509 Kanun Keseksaan.

“Kejadian jenayah cabul ini berlarutan sejak tahun 2010 sehingga awal tahun ini. Kini kertas siasatan dibuka Jabatan Siasatan Jenayah Polis Kuala Lumpur,” katanya dalam kenyataan hari ini seperti dilapor BH Online.

Media sebelum ini melaporkan suspek ditahan di rumahnya di Taman Kosmo Jaya pada pertengahan Januari lalu selepas mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.

Saiful Azly berkata, oleh kerana kes berlaku dalam jangka masa yang panjang, siasatan teliti dan menyeluruh perlu dijalankan, sekali gus mengambil masa untuk dilengkapkan.

“Timbalan Pendakwa Raya (TPR) menasihatkan polis mengambil beberapa tindakan lanjut bagi melengkapkan siasatan.

Beliau turut menafikan dakwaan media yang pihak pendakwaan dan penyiasatan mengambil masa lama untuk menuduh suspek.

“Laporan mengatakan Ketua Polis Kuala Lumpur merujuk kertas siasatan kepada Peguam Negara sejak 26 Januari lalu tidak betul.

“Kertas siasatan kes ini perlu dirujuk kepada TPR beberapa kali memandangkan kes ini berlaku sejak 10 tahun lalu,” jelasnya.

Ujar beliau, kertas siasatan lengkap hanya dirujuk kepada TPR dengan cadangan pertuduhan pada 25 Februari 2021.

“Suspek dituduh pada 22 Mac ini berikutan keadaan kesihatan suspek tidak mengizinkan.

“Perintah Perlindungan (PO) juga akan dimohon selepas pertuduhan dijalankan bagi melindungi mangsa dan adik-beradiknya daripada gangguan suspek,” katanya.

Beliau berkata, mangsa sebelum ini menolak untuk mendapatkan Perintah Perlindungan Interim (IPO) kerana ia hanya untuk dirinya saja.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

MONSTA cipta sejarah disenarai finalis WIPO Global Awards 2026

SYARIKAT animasi tempatan, MONSTA mencipta sejarah apabila disenaraikan sebagai finalis WIPO Global Awards 2026, sekali gus mengharumkan nama Malaysia...

More Articles Like This