Terima kasih bro!: Penunggang motosikal bantu jaga trafik di persimpangan

Dari Penulis

HUJAN lebat yang melanda sekitar ibu negara semalam menyebabkan keadaan trafik di beberapa tempat mengalami kesesakan, termasuk di Bandar Baru Bangi, Selangor yang mana berlaku gangguan bekalan elektrik di kawasan tersebut.

Berkemungkinan disebabkan hujan tersebut, bekalan elektrik yang terganggu menyebabkan lampu isyarat tidak berfungsi seperti biasa.

Seperti yang kita ketahui, apabila lampu isyarat tidak berfungsi, keadaan lalu lintas akan menjadi kelam kabut kerana pemandu kenderaan masing-masing hendak bergerak dahulu.

Atas rasa tanggungjawab, dua penunggang motosikal yang dipercayai pekerja dari kilang Sony (berdasar pakaian seragam mereka) dalam keadaan hujan lebat membantu menjaga lalu intas di Jalan Persiaran Pekeliling, persimpangan Mutiara Bangi, Seksyen 3, Bandar Baharu Bangi, semalam.

Memandangkan ketika itu lewat petang,  pelajar sekolah yang baru sahaja keluar menyebabkan jumlah kenderaan  agak banyak kerana ibu bapa membawa kenderaan menjemput anak-anak mereka.

Bagi pengguna jalan raya, mereka sangat berterima kasih kepada dua pemuda itu yang sudi membantu menyuraikan trafik tanpa sebarang bayaran atau arahan dalam keadaan hujan. Jika tidak tentu kesesakan teruk akan berlaku di tempat tersebut.

  • Artikel sumbangan SAIFUL BAHARI ASHARI


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Harga diesel bersubsidi turun kepada RM2.10 seliter mulai Julai

BERITA baik buat orang ramai apabila Kerajaan MADANI bersetuju menurunkan harga diesel bersubsidi untuk rakyat kepada RM2.10 seliter mulai...

More Articles Like This