Hanya enam individu ditahan, jumlah terendah ingkar SOP

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

PEMATUHAN rakyat terhadap prosedur operasi standard (SOP) dilihat semakin meningkat apabila hanya enam individu ditahan semalam sekali gus menyaksikan jumlah terendah ingkar SOP dicatatkan sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Bilangan pesalah ingkar SOP di seluruh negara itu mencatatkan penurunan bagi hari kelima berturut-turut.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kesemua enam individu itu telah dikenakan kompaun atas kesalahan yang dilakukan.

Menurut Ismail Sabri, empat daripadanya ditahan atas kesalahan tidak memakai pelitup muka manakala dua lagi kerana gagal menyediakan peralatan merekod diri pelanggan.

Katanya, Pasukan Petugas Operasi Pematuhan yang diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuat 67,207 pemeriksaan semalam bagi memantau dan menguatkuasakan pematuhan SOP PKP.

“Seramai 3,598 pasukan pematuhan melibatkan 15,454 anggota telah membuat pemantauan di 6,028 buah restoran, pasar raya (4,711), bank (3,068), penjaja (4,285), pasar awam/tani (179), kilang (2,459) dan pejabat kerajaan (947).

“Turut dipantau ialah tempat ibadah (253), tempat riadah (18,399), terminal pengangkutan darat (3,913), terminal pengangkutan air (1,889) dan terminal pengangkutan udara (974),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca artikel berkaitan: PKPD Kampung Serumah, Siburan tamat esok – Ismail Sabri

Sementara itu, Ismail Sabri turut mengumumkan penamatan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Tringgus, Bau, Bahagian Kuching, Sarawak mengikut jadual, esok.

Katanya, sehingga kini Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah melaksanakan 55 ujian saringan dan daripada jumlah itu secara kumulatif sebanyak empat kes positif Covid-19 telah direkodkan.

“KKM mengesahkan terdapat penurunan kes dan kluster adalah terkawal serta tiada lagi sampel saringan yang sedang menunggu keputusan.

“Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP, kerajaan bersetuju untuk menamatkan PKPD di Kampung Tringgus, Bau, Bahagian Kuching, Sarawak pada 21 Mac 2021 seperti yang dijadualkan,” jelas beliau.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Dua remaja ditahan langgar anggota polis, cuba lari sekatan jalan

DUA remaja ditahan selepas dipercayai merempuh seorang anggota polis ketika cuba melarikan diri daripada sekatan jalan di Taman Panchor...

More Articles Like This