COVID-19: 1,302 kes baharu, Sarawak tertinggi – Noor Hisham

Dari Penulis

SEBANYAK 1,302 kes baharu COVID-19 direkodkan hari ini menjadikan kes kumulatif setakat ini sebanyak 341,944.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, Sarawak mencatat angka tertinggi dengan 426 kes jangkitan.

Ini diikuti oleh Selangor dengan 256 kes dan Pulau Pinang sebanyak 212 kes,” kata Dr Noor Hisham dalam kenyataan akhbar hari ini.

Jumlah kes sembuh adalah sebanyak 1,127 kes hari ini, menjadikan kes sembuh keseluruhan sebanyak 326,309 kes.

Daripada 1,302 kes baharu penularan hari ini, 1,293 daripadanya adalah kes tempatan, manakala sembilan adalah kes import.

Sebanyak empat kes kematian dicatatkan menjadikan jumlah kes kematian meningkat kepada 1,255 kes.

Manakala, 169 kes pesakit sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan 76 pesakit sedang dirawat menggunakan bantuan alat pernafasan.

BERITA BERKAITAN Dr Noor Hisham jawab majlis kahwin anak tak patuh SOP

Pecahan setiap negeri (Kumulatif):
Selangor – 256 (114,797)
Sabah – 38 (54,623)
Johor – 176 (40,902)
WP KL – 58 (37,668)
Negeri Sembilan – 9 (17,179)
Sarawak – 426 (15,869)
Pulau Pinang – 212 (15,511)
Perak – 23 (12,886)
Kedah – 23 (8,344)
Melaka – 5 (6,487)
Kelantan – 34 (6,100)
Pahang – 32 (4,209)
Terengganu – 2 (3,585)
WP Labuan – 6 (2,318)
WP Putrajaya – 2 (1,138)
Perlis – 0 (328)

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Tambang percuma LRT3, bas pengantara sebulan mulai esok – Anwar

ORANG ramai boleh menikmati perkhidmatan percuma Laluan Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) Laluan Shah Alam selama sebulan bermula esok...

More Articles Like This