SIAPA tidak kenal Hannah Delisha. Pelakon cantik dari Singapura itu baru-baru ini menimbulkan kontroversi mengenai kisah perkahwinannya yang dilangsungkan secara senyap-senyap.
Perkahwinan itu juga dikatakan tidak mendapat restu ibu sendiri.
Bagaimanapun, walaupun sudah mendirikan rumah tangga, nama Hannah Delisha masih lagi menjadi bualan netizen dan mendapat perhatian ramai.
Bukan sahaja berbakat dalam bidang lakonan tetapi Hannah juga mempunyai suara yang sangat merdu dan luar biasa.
Baru-baru ini viral satu video memperlihatkan pelakon itu berselawat telah meraih perhatian pengguna media sosial.
Video pendek itu memaparkan pelakon dan penyanyi jelita itu dengan lengkap memakai telekung sambil berselawat Al-Fateh.
Rakaman itu telah dikongsikan oleh suami Hannah Delisha iaitu Imam Shah. Meskipun rakaman tersebut hanyalah berdurasi 0:15 saat tetapi kebanyakan netizen terpukau mendengar alunan suara Hannah yang sangat merdu.
BERITA BERKAITAN Ibu mentua Hannah Delisha & Imam Shah minta bersabar – “SyurgaMu merestuimu…”
Memang tenang je dengar suara Hannah.
Dah lah cantik, solehah pula.. suara pun merdu!
Imam memuatnaik video tersebut di laman Twitter tanpa menulis sebarang kapsyen dan hanya meletakkan emoji berbentuk hati berwarna putih sahaja.
Walaupun begitu, perkongsian video itu telah mendapat 377k tontonan dan 40.6k tanda suka dan 1.3K retweet sejak ia dimuatnaik pada 29 Mac lalu.
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

