Kabinet berfungsi seperti biasa, menteri UMNO kekal – PM

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi jaminan bahawa barisan Kabinet akan berfungsi seperti biasa selepas semua menteri daripada UMNO bersepakat untuk terus kekal menganggotai jemaah menteri.

Ia selepas menteri-menteri UMNO bertemu Perdana Menteri bagi meminta nasihat mengenai kedudukan dalam Kabinet ekoran keputusan Perhimpunan Agung UMNO 2020 bahawa parti itu akan memutuskan hubungan dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Menurut Muhyiddin, kesepakatan yang dicapai itu sekali gus akan meneruskan segala inisiatif kerajaan berjalan mengikut perancangan.

“Saya telah menasihati mereka supaya terus kekal berada dalam Kabinet. Ini mengambil kira kepentingan rakyat dan negara.

“Alhamdulillah, atas nasihat yang saya berikan, kesepakatan telah dicapai bahawa semua menteri UMNO akan terus kekal berada dalam Kabinet,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca artikel berkaitan: ‘Gerakan dakwah’ pun mahu kuasa, apatah lagi UMNO

PAU nak PRU tahun ni, KJ pula nak pemilihan UMNO disegera

Usul memutuskan kerjasama politik dengan Bersatu yang menerajui kerajaan Perikatan Nasional (PN) dalam PRU-15 dipersetujui sebulat suara perwakilan UMNO dalam Perhimpunan Agung UMNO 2020 yang berakhir Ahad lalu.

Perhimpunan berkenaan turut meluluskan usul ahli Parlimen UMNO dan Barisan Nasional (BN) seramai 42 orang tidak akan bersama kerajaan PN apabila Parlimen dibubarkan.

Susulan keputusan tersebut, beberapa menteri UMNO difahamkan telah mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya pada petang Isnin lalu.

Pertemuan itu difahamkan bermula pada pukul 5.30 petang dan berlangsung lebih sejam.

Mengulas mengenai keputusan berkenaan, Muhyiddin berkata, tumpuan utama kerajaan pada masa ini adalah untuk memerangi Covid-19, melaksanakan program imunisasi kebangsaan dan memulihkan ekonomi negara.

Muhyiddin malah berkata, beberapa orang menteri daripada UMNO memegang portfolio penting yang berkaitan dengan tumpuan utama kerajaan.

“Justeru, saya tidak mahu peletakan jawatan mereka daripada Kabinet menjejaskan segala perancangan kerajaan untuk mengatasi masalah Covid-19 dan memulihkan ekonomi negara,” jelas beliau.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Mayat dalam bagasi: Badan tidak dipotong, mangsa maut akibat tetakan di kepala

MAYAT seorang wanita yang ditemukan dalam bagasi di sebuah unit pangsapuri di Taman Impian Indah, Kajang disahkan meninggal dunia...

More Articles Like This