PEMILIHAN UMNO sebelum Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) hanya akan mencetuskan perpecahan sekali gus melemahkan parti itu bagi menghadapi pilihan raya.
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak malah berkata, individu yang kalah dalam pemilihan akan dicuri pihak lain untuk menjadi calon dalam PRU-15.
Menurut Najib yang juga Ketua UMNO Bahagian Pekan, ia merupakan strategi parti lawan bagi melemahkan UMNO dalam PRU-15.
“Kalau ada parti lain nak melemahkan UMNO, mereka akan tunggu sewaktu pemilihan parti.
“Serpihan daripada mereka yang kalah itu akan dipelawa, dipujuk atau ditawar untuk masuk parti mereka. UMNO jadi berpecah dari segi itu jadi kita kena kaji secara mendalam,” katanya dalam video yang dimuat naik ke akaun Facebook miliknya, malam tadi.
Baca artikel berkaitan: PAU nak PRU tahun ni, KJ pula nak pemilihan UMNO disegera
“Kalau anak jantan letak jawatan menteri” – Zahid cabar seorang menteri UMNO
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas ucaptama bagi majlis penutup Forum Demokrasi Malaysia: Merangka Masa Depan Demokrasi Parlimen di Malaysia, semalam.
Semalam, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Rembau, Khairy Jamaluddin mendesak supaya pemilihan parti diadakan segera kerana berpendapat ia merupakan satu-satunya cara untuk menyelesaikan kemelut dalaman UMNO.
Kata Khairy, UMNO mesti menghadapi PRU-15 dengan kepimpinan yang mempunyai mandat jelas dan boleh mendapat sokongan rakyat.
Kali terakhir UMNO mengadakan pemilihan adalah pada akhir Jun 2018 yang menyaksikan pertembungan tiga penjuru bagi jawatan Presiden antara Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Tengku Razaleigh Hamzah dan Khairy sendiri.
Mengulas lanjut, Najib berkata, sekiranya pemilihan UMNO diadakan sebelum PRU-15 pun, semua calon yang bertanding perlu berada di atas ‘padang yang sama’.
“Kalau semua dalam kerajaan letak jawatan dan bertanding baru ada level playing field.
“Ini kerana bila mereka dalam kerajaan, tawar macam-macam dengan gunakan peruntukan kerajaan dan sebagainya. Tak adil bagi mereka yang tiada jawatan,” jelas beliau.
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

