UMNO sebuah parti politik.
Ini sama seperti Pas, DAP, PKR mahu pun ANC, PAP dan sebagainya.
Untuk itu, UMNO perlu bersaing dengan parti-parti lain dan begitulah sebaliknya.
Ini termasuk dalam segmen Melayu Islam. Ada tak kurang 10 parti yang berteraskan kaum Melayu dan bumiputera, sekadar disebut antaranya UMNO, PPBM, Pas, PAN, Berjasa, Ikatan, Putra, Hamim dan terbaru Pejuang.
Banding dengan kaum lain, yang ada mungkin MIC dan MCA sahaja parti berteraskan kaum kalau di semenanjung.
Justeru, tidak perlu banyak sangat bunga silat ‘penyatuan ummah’, semua tahu.
Mahu atau tidak, dalam berkawan pun UMNO tidak boleh biarkan kawan menjadi lebih kuat daripada mereka.
Begitu juga kawan-kawan UMNO, mereka juga dalam situasi sama. Ingat balik ketika Pas dalam BN dekad 70-an.
Kalau UMNO itu diperlukan untuk menjadikan mereka kuat, maka mereka perlulah sedaya upaya memastikan UMNO tidak meninggalkan kapal.
Gunalah apa sahaja umpan atau retorik malah fatwa sekali pun asalkan matlamat tercapai.
Pada masa sama, parti-parti kawan UMNO juga perlu menambah kekuatan dan ini mungkin termasuk dengan cara melemahkan kawan.
Dalam politik semua mahu ke puncak, kalau setakat gerakan dakwah tak perlulah jawatan dalam kerajaan.
Begitulah kisahnya dengan UMNO – yang tidak sanggup untuk berada dalam kerajaan jika sekadar memainkan peranan seperti MIC atau PPP semasa dalam kerajaan BN dahulu.

Justeru, salah satu yang positif dari PAU 2020, UMNO berterus terang walau ia brutally honest yang lebih sinonim dengan orang New York banding orang Rembau atau Kok Lanas.
Mungkin ada yang kaitkan dengan angkuh tetapi biarlah kawan dan lawan tahu daripada mulut ‘cakap lain ekor buat lain’.
Baca artikel berkaitan: Bukan rampasan kuasa, PM janji PRU-15 selepas COVID-19 pulih
Siapa janji PRU-15 tahun ini? ‘Mereka’ yang desak – Azmin
Sekarang satu dunia jelas, UMNO mahu kembali jadi induk ayam, bukan anak ayam. Ketua bukan pengikut. Parti itu mahu Perdana Menteri kerana kuasa di jawatan itu.
Dan untuk menjadi dominan kembali, UMNO telah memilih pelaburan yang berisiko tinggi (walau ada juga segelintir yang sedia memilih pelaburan berisiko rendah asal diri selamat).
Baca artikel berkaitan: PAU nak PRU tahun ni, KJ pula nak pemilihan UMNO disegera
“Kalau anak jantan letak jawatan menteri” – Zahid cabar seorang menteri UMNO
Jika high risk investment menjadi, ia sangat berbaloi berbanding menjadi sekadar pelengkap PN.
Andai sebaliknya? Biarlah UMNO hadapinya. Belum cuba belum tahu.
Selebihnya, politik tiada yang mustahil.
Sains kata minyak tak boleh bercampur air, tapi dalam politik boleh jadi ya boleh jadi tidak.
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

