Yusry dilantik semula sebagai CEO IBFIM

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

INSTITUT Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia (IBFIM) mengumumkan pelantikan semula Yusry Yusoff sebagai Ketua Pegawai Eksekutif institusi tersebut untuk tempoh tiga tahun lagi berkuat kuasa 1 April lalu.

Menurut IBFIM dalam kenyataan, Yusry yang telah menerajui IBFIM selama empat tahun memiliki pengalaman lebih 27 tahun dalam pelbagai aspek pembangunan industri kewangan.

Sebelum menyertai IBFIM, Yusry juga pernah berkhidmat dengan Persatuan Institusi Perbankan Islam Malaysia (AIBIM), Bank Negara Malaysia (BNM), Lembaga Perkhidmatan Kewangan Islam (IFSB) dan Suruhanjaya Sekuriti (SC) di samping menganggotai Panel Perundingan Pasaran Sekuriti Bursa Malaysia.

Katanya, beliau turut berpengalaman membangun program pelaksanaan piawaian bagi IFSB dan mempromosi industri pengurusan dana Islam di bawah inisiatif Pusat Kewangan Islam Antarabangsa Malaysia (MIFC).

“Yusry turut merangka program latihan kewangan Islam untuk hakim kanan dengan kerjasama Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman Malaysia selain terlibat dengan Jawatankuasa Pengharmonian Undang-Undang BNM.

“Jawatankuasa tersebut merupakan sebuah inisiatif bagi menyelaraskan sistem perundangan Malaysia untuk menyokong pengembangan industri kewangan Islam dan menerajui Forum Kewangan Islam Global (GIFF) pada tahun 2014 dan 2016,” katanya dalam kenyataan.

Baca artikel berkaitan: IBFIM ambil inisiatif tingkat kesedaran perubahan iklim

Yusry memiliki Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (Kepujian) dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Sarjana Undang-Undang Komersial dari University of Melbourne.

Beliau menyertai Badan Peguam Malaysia pada thaun 1995 di samping mempunyai Kelayakan yang Diperakui dalam Kewangan Islam (CQIF) dan Kelayakan Perancang Kewangan Islam (IFP) daripada IBFIM serta anggota bersekuti The Chartered Institute for Securities & Investment (CISI).

Sementara itu, IBFIM dalam kenyataan berasingan turut mengumumkan kerjasama dengan Kementerian luar di bawah Program Kerjasama Teknikal Malaysia (MTCP) dengan dua program institusi berkenaan iaitu Kelayakan Bersekutu dalam Kewangan Islam dan Kelayakan Asas dalam Perbankan Islam telah dipilih bagi tujuan berkenaan.

Yusry menyifatkan kerjasama yang dijalinkan IBFIM dengan Kementerian Luar itu merupakan satu penghormatan bagi memberi pemahaman lebih mendalam mengenai kewangan Islam di luar perairan Malaysia.

“Kedua-dua program IBFIM itu telah direka khas bagi memastikan pencapaian kemahiran teknikal dan kemahiran profesional dengan setakat ini terdapat 3,312 pemegang Kelayakan Bersekutu dalam Kewangan Islam dan 932 pemegang Kelayakan Asas dalam Perbankan Islam.

“Kami amat menyokong penuh usaha bagi membina hubungan dua hala yang lebih kukuh di antara Malaysia dengan negara-negara lain melalui kerjasama ini,” jelas beliau.

Sebanyak empat program akan dijalankan IBFIM dan yang pertama akan diadakan mulai hari ini hingga 9 April melibatkan sebelas delegasi dari Turkmenistan, Azerbaijan, Bangladesh dan Laos.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

200 penerima STR dapat ganjaran Kempen BSN SSP, BSN GIRO-i 2025

SERAMAI 200 pelanggan Bank Simpanan Nasional (BSN), terdiri daripada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR), memenangi pelbagai hadiah menarik dan...

More Articles Like This