IBFIM lancar CLeP, pembelajaran inovatif kewangan Islam

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

INSTITUT Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia (IBFIM) melancarkan platform inovatif e-pembelajaran terbaharu iaitu program Pembelajaran Berterusan (CLeP) dalam usaha memperkukuh lagi perkembangan modal insan dalam industri kewangan Islam.

CLeP merupakan program perintis yang memberi fokus kepada pembelajaran takaful bertujuan meningkatkan tahap pengetahuan dan kecekapan pengendali takaful melalui program digital.

Program tersebut diberikan tuntutan mata Pembangunan Profesional Berterusan (CPD) oleh Persatuan Takaful Malaysia (MTA) melalui Sistem Pengurusan Pembelajaran IBFIM atau i-CLASS yang memberi pengalaman pembelajaran mudah dan lancar.

Ketua Pegawai Eksekutif IBFIM, Yusry Yusoff berkata, CLeP untuk takaful itu terdiri daripada 18 topik bagi memenuhi keperluan pembelajaran industri takaful termasuk lebih daripada 100,000 pengendali takaful seluruh negara.

Kata beliau, IBFIM dijangka menyediakan modul CLeP bagi industri lain seperti perbankan, pengurusan pelaburan, kewangan sosial dan kelestarian untuk fasa seterusnya.

“Kami amat berbesar hati melalui kerjasama dan sokongan berterusan daripada MTA, CLeP akan memberi peluang kepada pengamal industri takaful kaedah pembelajaran alternatif di mana modul pembelajaran adalah ringkas, mudah diakses dan pada kadar yuran yang rendah.

Baca artikel berkaitan: IBFIM, IIiBF reka i-Kontrak bina pengetahuan syariah

“Sebagai sebuah institusi yang berada selama lebih 25 tahun, telah menjadi mandat dan keutamaan kami untuk memberikan penyelesaian yang terbaik dalam pertumbuhan modal insan dalam industri kewangan Islam.

“IBFIM yakin dengan memberikan modul pembelajaran yang berkualiti tinggi dan terkini, ia akan menyumbang kepada kejayaan industri yang berterusan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, Pengerusi MTA, Elmie Aman Najas berkata, pelancaran CLeP untuk takaful disifatkan tepat pada masanya kerana keperluan untuk latihan yang lebih tertumpu kepada platform digital berdasarkan norma baharu.

“MTA amat berbangga kerana CLeP untuk takaful adalah pertama dilancarkan di mana ia menyediakan pengamal industri untuk tahap pembelajaran dan kelayakan profesional seterusnya iaitu Kelayakan Pertengahan dalam Kewangan Islam (IQIF) takaful dan Kelayakan Bertauliah dalam Kewangan Islam (CGIF) untuk mencapai kredibiliti dalam amalan takaful.

“MTA ingin menyeru semua pengendali takaful dan takaful semula untuk memanfaatkan platform baharu ditawarkan IBFIM ini dan menggabungkannya ke dalam kurikulum latihan dalaman.

“Isi kandungan CLeP memberi peluang kepada setiap pengamal industri untuk memadankan dan menyesuaikan hasil pembelajaran yang ingin diperolehi,” jelas beliau.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

200 penerima STR dapat ganjaran Kempen BSN SSP, BSN GIRO-i 2025

SERAMAI 200 pelanggan Bank Simpanan Nasional (BSN), terdiri daripada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR), memenangi pelbagai hadiah menarik dan...

More Articles Like This