Resipi mi rebus tulang

0
477

Sedapnya mi rebus tulang ini. Resipinya sangat mudah dan semestinya sedap. Berbaloi untuk dicuba dan sesuai dinikmati bila-bila masa.

BAHAN
1kg mee kuning – celur
500gm tulang lembu – cincang kasar dan direbus dahulu
120gm pes tomato
125ml minyak masak
700ml air
200gm keledek – direbus tanpa kulit bersama 100gm kacal dal dan dilenyek
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR
100gm cili kering – telah direbus
10 biji bawang kecil
3 ulas bawang putih
30gm udang kering
1 ½ cm lengkuas
20gm bawang goreng
150ml air

BAHAN SAMPINGAN
4 biji telur rebus – dibelah 4
200gm sawi – dicelur dan dipotong
2 tangkai cili hijau – dihiris
2 tangkai cili merah – dihiris
2 keping tauhu goreng – dihiris
50gm daun sup –dihiris halus
30gm bawang goreng
4 biji limau kasturi – dipotong 2

CARA
1.Panaskan kuali dan tumis bahan kisar sehingga naik bau. Masukkan rebusan tulang lembu, pes tomato dan kacau rata.
2.Masukkan keledek dan kacang dal yang telah dilenyek serta air. Kacau perlahan dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
3.Sendukkan kuah ke dalam mangkuk berisi mee. Hiaskan dengan bahan sampingan. Siap untuk dihidang.

*selain keledek, boleh juga menggunakan kentang sebagai ganti.
*kebiasaannya mee rebus disediakan berasingan dengan kuah, bahan sampingan dan disatukan apabila mahu dimakan.

Resipi : Datuk Cef Ismail, Restoran Rebung.

Jom join channel Telegram UtusanTV untuk ikuti berita terkini dan sensasi