Ayob Khan bersama JSPT jelajah 774 km temui masyarakat di 12 daerah Johor

Dari Penulis

BAGI mendekatkan polis dan masyaakat, Polis Johor bersama Jabatan Siasatan dan Penguatkuaan Trafik (JSPT) akan mengadakan Program Ketua Polis Johor bersama Masyarakat sempena memperingati Hari Polis ke-214, bermula Jumaat ini.

Ketua JSPT, Supritendan M. Kumarasan berkata, program selama tiga hari yang diketuai Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay akan menjelajahi 13 daerah Polis Johor sejauh 774 kilometer (km) mendekati dan menyantuni masyarakat setempat.

“Ini merupakan program kali pertama yang dilakukan kami JSPT dan segala persiapan telah dilakukan sejak tahun lepas. Program asal dirancang pada November tahun lepas, namun terpaksa ditunda kerana pandemik Covid-19.

“Program ini akhirnya akan dilaksanakan pada Jumaat ini setelah beberapa kali ditunda atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

“Program Ketua Polis Johor bersama masyarakat ini juga mendapat maklum balas positif dari semua lapisan masyarakat termasuk wakil rakyat,” katanya yang dipetik di portal MalaysiaGazette hari ini.

BERITA BERKAITAN Tahniah!! Ayob Khan antara 12 pegawai kanan terima APC 2020 PDRM

Katanya, program bertujuan memberi peluang kepada orang ramai, terutama di kawasan pedalaman, menemui polis dan memberi maklum balas dengan lebih dekat.

Menurut Kumarasan, dalam program itu, polis secara tidak langsung ingin memberi kesedaran kepada masyarakat pentingnya menjaga keselamatan ketika penuloaran Covid-19.

“Masa sama kita nak memberi kesedaran kepentingan keselamatan membabitkan jalan raya sebenarnya,” katanya.

Pada program berkenaan, JSPT bersama Datuk Ayob akan mendekati pelbagai lapisan masyarat termasuk golongan anak yatim, nelayan, penduduk pulau dan masyarakat Orang Asli.

Jelajah selama tiga hari itu akan disertai isteri Ketua Polis Johor, Datin Zalena Mohd Ariffin.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pemandu Almera gagal kawal kereta, rempuh Civic di Jalan Tun Razak

TINDAKAN seorang lelaki dipercayai menekan pedal minyak secara berlebihan menyebabkan kereta dipandunya hilang kawalan sebelum merempuh sebuah lagi kenderaan...

More Articles Like This