Syafinaz Selamat lunaskan janji dengan Persis Salju

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

TAHUN ini genap dua dekad penyanyi dan guru vokal, Datuk Syafinaz Selamat menanti kemunculan single terbaharunya.

Bukan tiada keinginan untuk menghasilkan single baharu, apatah lagi dia sering berjanji dengan peminat untuk menghadiahkan buah tangan terbaharu.

Namun, dek kesibukan dan komitmen selaku guru vokal, juri program dan pensyarah di beberapa institusi pengajian tinggi membuatkan keinginannya tertangguh.

Menariknya, single terbaharu berjudul Persis Salju ciptaan KuSham dan lirik oleh Zaira itu sudah dirakamkan sejak 10 tahun lalu, namun baharu kini ia dilancarkan kepada pendengar.

Menerapkan elemen klasik dalam muzik dan bergenre balada, penyanyi yang pernah popular menerusi lagu Ingin Bersamamu itu terpaksa menyimpan single berkenaan disebabkan kekangan waktu serta kesibukannya dengan tugas hakiki.

“Pejam celik tanpa sedar, single Persis Salju sudah 10 tahun terperap. Ikutkan saya merancang mengeluarkan single tersebut pada tahun lalu.

“Namun, kita diuji pula dengan pandemik Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Jadi, saya harus menunggu masa yang sesuai untuk melancarkannya.

“Jika boleh, saya mahukan masa terbaik dan bersesuaian apatah lagi saya tak keluar single baharu selama 20 tahun. Biarlah promosinya boleh diadakan secara menyeluruh,” katanya.

Syafinaz akui terpaksa ikut trend muzik semasa

Jika ditanya soal perasaannya, penyanyi yang memiliki vokal soprano itu berkata, perasaannya kini bercampur baur, seram dan teruja kerana sudah lama tiada single baharu.

“Saya seram memikirkan cabaran dalam dunia muzik hari ini. Saya lihat cara dahulu dan sekarang amat berbeza…saya terpaksa ikut trend muzik sekarang.

“Perasaan teruja pula tentulah tidak mampu di selindung. Saya sudah lama tidak berdiri di atas pentas menyanyikan lagu baharu.

“Saya akui, kadangkala rasa malu apabila kerap berjanji tahun demi tahun. Persis Salju umpama membayar janji saya pada peminat yang sudah lama menantikan kemunculan lagu baharu saya,” ujarnya.

Kali terakhir wanita kelahiran Pontian, Johor itu muncul dengan single berjudul Syyg…sempena album tribute Datuk Ahmad Nawab pada 2001.

Jom join channel Telegram UtusanTV untuk ikuti berita terkini dan sensasi


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Iklan promosi ‘kegemaran M.Nasir’ tanpa kebenaran, Grab kena saman RM5 juta

SIAPA yang tidak kenal dengan susuk tubuh maestro muzik legenda tanah air, Datuk M. Nasir? Sentiasa tampil tenang dan...

More Articles Like This