Pandora perkenal koleksi ‘Durian Charm’

Dari Penulis

Raja buah sememangnya amat sinonim dengan rakyat negara ini, dan ramai dalam kalangan kita terlalu “menggilainya” apabila tiba musim buah kegemaran ramai itu.

Bagi meraikan buah kesukaan ramai itu, Pandora Malaysia (Pandora) bakal melancarkan koleksi terbaharu mereka “Durian Charm” untuk mereka yang gemarnya sesuatu yang unik dan istimewa bermula 15 April ini.

Menurut Pengerusi Eksekutif Kumpulan Habib, Datuk Seri Meer Sadik Habib, charm berbentuk durian sangat unik dan istimewa serta melambangkan Malaysia. 

“Kalau seseorang dari luar negara datang sini, dia nak memiliki dan juga membeli sesuatu yang istimewa daripada negara Malaysia.

“Oleh itu, kalau kita tengok macam benda-benda yang lain, saya rasa durian itu adalah sesuatu yang istimewa untuk Malaysia,” katanya ketika ketika majlis pratonton eksklusif koleksi terbaharu syarikat itu hari ini.

Baca artikel berkaitan: Dulu durian crepe, kini Ebah perkenal aiskrim Durian D24

Ujarnya Durian charm ini sangat sesuai untuk penggemar durian di luar sana kerana memandangnya sahaja dapat membuatkan orang ramai membayangkan rasa durian sebenar.

‘Double dangle’ di bahagian atas durian charm pula diinspirasi oleh cara durian dibuka dari bahagian atas untuk dimakan.

Buat mereka yang berminat, Durian Charm akan dijual pada harga RM329 di semua outlet Pandora bermula Khamis depan.

Selain Durian Charm, tumpuan juga terarah kepada koleksi-koleksi menarik Pandora untuk Hari Ibu dan Hari Raya Aidilfitri yang juga bakal dilancarkan dalam masa yang terdekat.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

200 penerima STR dapat ganjaran Kempen BSN SSP, BSN GIRO-i 2025

SERAMAI 200 pelanggan Bank Simpanan Nasional (BSN), terdiri daripada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR), memenangi pelbagai hadiah menarik dan...

More Articles Like This