Kopetro kongsi rezeki melalui ‘Cuci Masjid’

Dari Penulis

BERKONGSI rezeki sebagai satu tanggungjawab kepada masyarakat, Koperasi Kakitangan Petronas Berhad (Kopetro) menjalankan ‘Program Cuci Masjid’ dengan kerjasama Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), bertempat di Masjid Al-Hidayah, Sentul Pasar, Kuala Lumpur, hari ini.

Program ini dijalankan bagi menyantuni masjid dengan membersihkan ruangan ibadah agar bersih dan bebas kuman bagi kegunaan jemaah yang akan mula menunaikan solat tarawih sempena ketibaan bulan Ramadan.

Khidmat pembersihan dan nyah kuman dilakukan KVCLEAN, salah satu servis yang disediakan oleh Kopetro yang mampu menghapuskan 99 peratus virus dengan menggunakan bahan bukan toksik yang selamat dan bebas alkohol.

“Kopetro merupakan koperasi Petronas. Kita ada lapan cabang bisnes. Salah satu diantaranya ialah servis KVCLEAN yang menyediakan khidmat membersih dan membunuh kuman di rumah dan pejabat pada harga yang murah. Pada hari ini, kami berikan khidmat ini sebagai satu amanah untuk membantu masyarakat menyediakan tempat yang bersih dan bebas kuman untuk menjalani ibadah di bulan Ramadan,” kata Datuk Haji Abdul Razak Husain, Pengerusi Kopetro.

Dalam majlis ini juga, Kopetro turut memberi sumbangan kepada ahli-ahli veteran SENIMAN yang terkesan dengan pandemik Covid-19. Selain wang tunai, mereka turut menerima sumbangan berupa barang makanan sejuk beku jenama LengQuas keluaran Kopetra.

Sebahagian ahli-ahli Seniman yang menerima sumbangan daripada Kopetro.

Antara artis yang hadir seperti Sofea Ibrahim, Aznah Hamid, Mak Jah, Datuk Jeffrydin, Haji Tamrin dan ramai lagi.

Menurut Presiden Seniman, Zed Zaidi, ini bukan kali pertama mereka bekerjasama dengan Kopetra. Sebelum ini, syarikat koperasi itu pernah membuat program dengan penjualan produk Lengquas di mana hasil penjualan disalurkan ke tabung persatuan Seniman untuk membantu mereka yang memerlukan.

Kopetro yang dianggotai 17,000 ahli kakitangan Petronas terlibat dalam beberapa cabang perniagaan. Antaranya servis kewangan, pelancongan dan perhotelan, makanan dan minuman dan juga perdagangan.

Sejak ditubuhkan pada tahun 1980, Kopetro kini berada di tangga kelima Koperasi Terbaik di seluruh Malaysia.

__________

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Anwar menghadap TMJ dalam suasana mesra, harmoni

PEMANGKU Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail berkenan menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di ibu negara, hari ini. Menurut...

More Articles Like This