KEDATANGAN bulan Ramadan pada tahun ini pastinya akan menjadi momen istimewa buat pelakon Datuk Seri Eizlan Yusof selepas isterinya, Datin Seri Natasha Rosa selamat melahirkan bayi perempuan di sebuah pusat perubatan di Shah Alam, Selangor, hari ini.
Khabar gembira itu dikongsikan sendiri oleh Eizlan yang juga Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) menersi akaun Instagramnya.
“Alhamdulillah, sayang @sashaboudville dan baby ZR berada dalam keadaan baik. Terima kasih atas doa dan ingatan yang baik buat kami sekeluarga.
“Baju ini akan jadi kenangan kerana empat anak saya disambut bersama dengannya,” tulisnya.
Ini merupakan anak sulung hasil perkahwinan Eizlan bersama Natasha,30, sejak bernikah pada 12 Disember 2019.
Untuk info, menerusi perkahwinan terdahulu, Eizlan memiliki tiga orang cahaya mata, Vie Zaara,12, Zareef Yusof,11 dan Vie Zaalia,8 tahun.
Jom join channel Telegram UtusanTV untuk ikuti berita terkini dan sensasi

