Kementerian Luar (Wisma Putra) hari ini mengumumkan dua pelantikan baharu di bawah pejabat Menteri, iaitu Dr Ahmad Idham Ahmad Nazri sebagai Setiausaha Kebudayaan dan Datuk Seri Eizlan Yusof sebagai Perunding Kreatif, berkuat kuasa hari ini.
Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah berkata pelantikan berkenaan adalah selaras dengan objektif membangunkan Diplomasi Budaya Malaysia di bawah Kerangka Dasar Luar Malaysia yang bertujuan mewujudkan kaedah baharu bagi mempamerkan identiti dan nilai kebangsaan negara, sekali gus menggalakkan promosi dan pertukaran budaya.
โWisma Putra sedang menggubal beberapa prioriti dalam Dasar Luar dan satu daripadanya adalah berkaitan Diplomasi Budaya.
โDaripada segi kerja Dasar Luar, Diplomasi Budaya juga turut dipanggil Soft Power, dan di dalam konteks ASEAN 2025 pula, satu daripada teras di dalam Komuniti ASEAN juga menyentuh berkaitan sosio budaya.
โDiplomasi Budaya bukanlah sesuatu yang baharu, tetapi kita harus tingkatkan kualiti dan mutu kerja di dalam hal ini. Saya yakin bahawa kedua-dua mereka akan melaksanakan tanggungjawab mereka dengan dedikasi dan jayanya,” katanya dalam sidang media di Wisma Putra, hari ini.
Saifuddin menambah, Jawatankuasa Seni & Budaya (ARCA) juga akan dtubuhkan di bawah pejabat menteri untuk mengukuhkan usaha dalam meletakkan seni Malaysia sebagai saluran berkesan dalam mempromosikan warisan sejarah dan budaya negara.
Menjawab pertanyaan media mengenai pelantikan baharu itu, Ahmad Idham berkata peluang yang diberikan adalah cabang baharu di sepanjang kariernya sebagai penggiat seni.
โInilah satu daripada impian saya untuk menggerakkan lagi industri kreatif negara, apatah lagi dengan kapasiti yang diberikan di bawah Diplomasi Budaya ini, saya berharap kita dapat mencapai cita-cita untuk mengantarabangsakan budaya dan produk tempatan negara,โ katanya kepada Bernama.
Eizlan juga berterima kasih dengan kepercayaan yang diberikan oleh Wisma Putra sekali gus berharap dapat bergiat agresif untuk mengangkat produk seni tempatan ke persada antarabangsa serta tidak akan menidakkan mana-mana keperluan industri berkaitan yang lain.
Ahmad Idham merupakan bekas Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dan mempunyai pengalaman luas dalam industri kreatif Malaysia selama lebih 25 tahun, termasuk memenangi anugerah antarabangsa di Pesta Filem Chunsa Korea pada 2018.
Eizlan pula seorang yang tidak asing dalam industri ini dan pernah berkhidmat dalam pelbagai kapasiti serta memenangi banyak anugerah di peringkat tempatan dan antarabangsa.
Jadikan UtusanTV โshortcutโ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik โAdd to Homescreenโ
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

