Jepun lulus lepaskan 1 juta tan air tercemar loji Fukushima ke laut

Dari Penulis

JEPUN hari ini meluluskan rancangan melepaskan lebih 1 juta tan air tercemar daripada loji nuklear Fukushima yang musnah ke dalam laut.

BBC melaporkan, air itu bagaimanapun akan terlebih dahulu dirawat dan diproses untuk menyingkirkan hampir semua unsur radioaktif ke paras yang ditetapkan untuk air minuman.

Namun beberapa penduduk tempatan terutamanya dalam industri perikanan termasuk China dan Korea Selatan menentang langkah itu.

Loji Fukushima rosak selepas dibadai tsunami 2011.

Tokyo mendakwa kerja pelepasan air yang digunakan untuk menyejukkan nuklear akan bermula dalam tempoh dua tahun.  

Kelulusan terakhir itu menyusul selepas perdebatan mengenainya berlangsung selama beberapa tahun dan dijangka mengambil masa beberapa dekad untuk disiapkan.

Kerajaan menegaskan bahawa pelepasan air itu adalah selamat kerana air itu telah diproses untuk menghapuskan hampir kesemua elemen radioaktif dan akan dilunturkan.

Namun masyarakat nelayan tempatan khuatir melepaskan air itu akan menjejas usaha selama bertahun-tahun untuk memulihkan keyakinan pada makanan laut dari daerah itu.

“Mereka kata bahawa mereka tidak akan melepaskan air itu ke dalam laut tanpa sokongan para nelayan.

“Kami tidak boleh menyokong langkah yang memungkiri janji itu dan melepaskan air tersebut ke dalam laut secara sepihak,” kata Kanji Tachiya, yang mengetuai sebuah koperasi nelayan tempatan di Fukushima, kepada NHK menjelang pengumuman itu.

Keputusan itu juga mencetuskan bantahan di peringkat daerah sebelum menjadi rasmi, dengan menteri luar Korea Selatan, semalam meluahkan “rasa amat kesal atas keputusan itu yang boleh menimbulkan kesan secara langsung atau tidak terhadap keselamatan penduduk dan sekitaran sekeliling di masa hadapan.”

Jurucakap kementerian luar China Zhao Lijian menggesa Jepun supaya “bertindak secara bertanggungjawab” berhubung pelepasan air itu.

“Bagi melindungi kepentingan awam antarabangsa dan kesihatan dan keselamatan rakyat China, China meluahkan keprihatinan tinggi kepada pihak Jepun menerusi saluran diplomatik,” kata Zhao, semalam.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Anwar menghadap TMJ dalam suasana mesra, harmoni

PEMANGKU Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail berkenan menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di ibu negara, hari ini. Menurut...

More Articles Like This