PDRM sahkan panggil suami, anak Dr Zeti kes 1MDB

Dari Penulis

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) semalam mengesahkan telah mengambil keterangan terhadap suami bekas Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz iaitu Datuk Dr Tawfiq Ayman bagi membantu siasatan terhadap dakwaan penerimaan dana dikaitkan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Memetik Bernama, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Zainuddin Yaacob dalam kenyataannya turut mengesahkan seorang anak lelaki Tawfiq juga hadir merakamkan percakapan kepada PDRM.

“Beliau (Tawfiq) dipanggil untuk dirakam percakapan (selama beberapa jam) bersama anak lelaki beliau (dipanggil) bagi membantu siasatan polis.

“Rakaman percakapan telah diambil di Menara KPJ, Jalan Tun Razak bagi membantu siasatan yang sedang dijalankan di bawah Seksyen 4(1) Akta Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001,” katanya.

Zainuddin berkata, memandangkan siasatan polis dalam kes ini masih berterusan, polis menasihatkan masyarakat untuk tidak membuat sebarang spekulasi melalui mana-mana platform sehingga siasatan selesai dijalankan dan seterusnya dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara untuk keputusan.

Pada bulan lepas, Bernama melaporkan PDRM mengesahkan bahawa siasatan terhadap Tawfiq berhubung dakwaan penerimaan dana yang dikaitkan dengan 1MDB dalam akaun bank miliknya di Singapura masih berjalan.

Sebelum ini, Zeti dilaporkan menafikan dakwaan bahawa keluarganya terbabit dalam skandal 1MDB.

Zainuddin dilaporkan berkata memandangkan siasatan kes ini melibatkan keterangan di Malaysia dan juga di luar negara, PDRM mengambil tindakan susulan di bawah Akta Bantuan Bersama Dalam Perkara Jenayah 2002 bagi mendapatkan keterangan yang berada di luar negara. 


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kes buli MRSM: Empat disingkirkan, dua lagi digantung

EMPAT disingkirkan manakala dua lagi pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di Johor digantung persekolahan selepas terbabit kes buli. Perkara...

More Articles Like This