Aliff Syukri akan keluarkan lagu raya, dengarnya ramai dah tak sabar!

Dari Penulis

WOW! Usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri nampaknya sudah memberi bayangan bakal mengeluarkan lagu raya terbaharu tak lama lagi!

Menerusi perkongsian di Instagram, Aliff turut memuat naik ‘teaser’ single tersebut kepada pengikutnya.

Walaupun Aliff tidak berkongsi judul lagu tersebut, namun mampaknya macam ramai yang tak sabar menanti lagu terbaharu berkenaan.

“Yes or no? Patut tak saya keluarkan lagu raya tahun ini? Kalau ramai yang komen yes, saya akan keluarkan.

“Saya harap anda semua komen jujur ya. Komen anda penentu lagu raya tahun ini saya keluarkan ataupun tidak.

“Insya-Allah malam ini, kalau ramai yang beri sokongan, saya akan ke bilik rakaman,” tulis Aliff menerusi kapsyen di Instagram.

Malah, menerusi perkongsian video berdurasi satu minit 33 saat, Aliff berkata, tujuannya membuat lagu tersebut adalah untuk menghiburkan hati mereka yang tidak berpeluang pulang ke desa tercinta.

“Saya akan keluarkan lagu yang sedap untuk halwa telinga anda.

“Saya berjanji kepada anda semua, lagu ini bakal memberi kegembiraan di musim PKP, maklumlah orang tengah sedih,” ulasnya.

Menerusi ruangan komen, rata-rata warganet tidak sabar menanti lagu baharu Aliff dan ada juga yang memberi kritikaan negatif terhadap suaranya yang dikatakan ‘sengau’.

Untuk rekod, aliff pernah merakamkan lagu raya pada 2019 iaitu Jom Raya bersama penyanyi Zizi Kirana dan Bella Astillah.

Jom join channel Telegram UtusanTV untuk ikuti berita terkini dan sensasi

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Youtube.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Demi masa depan, Kim K ketepikan ego, sanggup beratur panjang uji bakat Suria Records

SEMANGAT kental peserta program realiti Talk To My Manager musim kedua, Kim K dalam mengejar impian sebagai anak seni...

More Articles Like This