23 individu di Johor disaman makan di khalayak ramai semasa Ramadan

Dari Penulis


WALAUPUN sudah masuk sembilan hari umat Islam berpuasa, masih ada lagi mereka yang tanpa sedikit perasaan malu makan dan minum di khalayak awam di warung dan restoran.

Ini dibuktikan menerusi operasi yang dilakukan Jabatan Agama Islam negeri Johor (JAINJ) sejak hari pertama Ramadan apabila mengeluarkan sebanyak 23 saman kepada 23 individu berusia 20 hingga 50 tahun di seluruh negeri ini kerana tidak berpuasa.

Menurut Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan JAINJ, Dzulkafli Mohamad, kesemua individu itu dikesan makan di kebanyakan restoran dan warung.

Ironinya kata beliau, tidak larat berpuasa selain sakit menjadi alasan biasa yang diberikan kaki ponteng puasa kepada penguatkuasa JAINJ.

 “Mereka diberi nasihat oleh JAINJ selepas dikenakan saman dan penguatkuasaan ini kita akan teruskan sepanjang bulan Ramadan di seluruh daerah,” katanya yang dipetik Sinar Harian.


Dzulkafli berkata, selepas individu ditahan kerana tidak berpuasa, penguat kuasa akan mengeluarkan saman hadir kepada mereka berserta tarikh yang perlu datang ke bahagian penguatkuasaan JAINJ.


Katanya, semasa soal siasat juga mereka akan dinasihatkan supaya menghormati bulan Ramadan.


“Sekalipun tidak boleh berpuasa, mereka sepatutnya makan di tempat tertutup dan bukannya di khalayak ramai.


“Selepas kita panggil beri keterangan dan suspek mengaku. Mereka akan dituduh di bawah kesalahan Enakmen Kesalahan Jenayah negeri Johor 1997, Seksyen 15 (a) dan 15 (b),” katanya.


Sementara itu, Dzulkafli berkata, mereka yang bersalah boleh didenda tidak melebihi RM1,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.


Tambahnya, bagi kesalahan kedua atau berikutnya, mereka boleh didenda tidak lebih RM2,000 atau dipenjarakan tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Wanita maut kemalangan Myvi, Axia di Sungkai

SEORANG wanita maut selepas terlibat dalam kemalangan antara dua kenderaan iaitu sebuah Perodua Myvi dan sebuah Perodua Axia di...

More Articles Like This