Abang burger akan dapat nilai kompaun baru, bukan lagi RM50,000 – Polis

Dari Penulis

BUKAN gerai burger yang tular sahaja dikompaun RM50,000 kerana melanggar prosedur operasi standard Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), tetapi terdapat dua lagi premis yang turut terlibat.

Perkara itu dimaklumkan, Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafein Mamat.

Walau bagaimanapun menurut Shafein, polis Kelantan bersetuju mengambil pendekatan meneliti perkara ini dengan memanggil semua pemilik premis yang dikenakan kompaun untuk menwarkan nilai kompaun mengikut garis panduan.

Garis panduan itu merujuk kepada Penetapan Nilai Tawaran Kompaun dan Kadar Pengurangan Kompaun yang ditetapkan bagi kesalahan di bawah Akta Pengawalan dan Pencegahan Penyakit Berjangkit (Akta 342).

Berdasarkan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Takiyuddin Hassan hari ini, garis panduan kesalahan berniaga melebihi had waktu ditetapkan ialah RM10,000.

“Merujuk kepada kes tular di media sosial membabitkan pemilik burger yang dikenakan kompaun RM50,000, pada masa sama pihak polis mengeluarkan tiga kompaun kepada pemilik premis kedai makan termasuk peniaga burger.

“Ketiga-tiga peniaga berkenaan dikenakan kompaun RM50,000,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Beliau berkata, sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), pihak polis meningkatkan penguatkuasaan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) di seluruh daerah.

“Bagi tempoh 16 April sehingga semalam, sebanyak 127 kompaun dikeluarkan kepada pihak yang tidak mematuhi SOP ditetapkan.

“Pihak polis menerima aduan dan rungutan daripada masyarakat bahawa masih terdapat premis perniagaan yang tidak mematuhi SOP dan premis kedai makan beroperasi melebihi masa ditetapkan.

“Pada 25 April susulan aduan daripada orang awam, polis Kelantan mengeluarkan tujuh kompaun kepada pemilik dan pelanggan premis kedai makan di sekitar Pengkalan Chepa,” katanya.

Baca artikel berkaitan: Kecelaruan berulang, Takiyuddin kata patut kompaun RM10,000 bukan RM50,000

Neelofa dikompaun RM20,000, suami RM10,000 ingkar SOP

Terdahulu, Takiyuddin berkata, langkah mengenakan kompaun di bawah Akta 342 mestilah dilaksanakan mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh kerajaan.

Beliau berkata, kerajaan sudah menggubal Garis Panduan Penetapan Nilai Tawaran Kompaun dan Kadar Pengurangan Kompaun di bawah akta itu untuk dijadikan panduan kepada pihak penguat kuasa yang menjalankan penguatkuasaan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

Katanya, mengikut garis panduan itu, perbuatan seseorang pemegang lesen dan pemilik premis yang gagal mematuhi waktu operasi premis adalah kesalahan kategori tiga yang boleh dikenakan kompaun maksimum RM10,000.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Saya akan pilih orang yang boleh bantu rakyat Malaysia, kata Michael Ang

PENERBIT dan pengarah terkenal, Michael Ang menegaskan beliau akan memilih individu yang mampu membantu rakyat Malaysia. Penegasan itu dinyatakan Michael menerusi...

More Articles Like This