Amrin dilantik Pengarah Urusan, CEO Tabung Haji ganti Nik Mohd Hasyudeen

Dari Penulis


DESAS-desus akan berlaku perubahan di peringkat pengurusan tertinggi Lembaga Tabung Haji beberapa hari lalu menjadi kenyataan hari ini apabila Datuk Seri Amrin Awaluddin dilantik sebagai Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Lembaga Tabung Haji yang baharu mulai 6 Mei.

Beliau akan menggantikan Datuk Nik Mohd Hasyudeen Yusoff yang akan melepaskan jawatan sebagai Ahli Lembaga, Pengarah Urusan Kumpulan dan CEO berkuat kuasa 5 Mei ini.

Tabung Haji dalam kenyataannya berkata, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri setuju melantik Amrin untuk jawatan itu.
Amrin, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), mempunyai pengalaman lebih 30 tahun di sektor korporat.

Beliau memulakan karier di instutusi perbankan sebelum memegang beberapa jawatan penting di syarikat seperti Renong Berhad, Malaysian Resources Corporation Berhad dan Putera Capital Berhad.

Amrin kemudiannya dilantik sebagai CEO antaranya di Natseven TV Sdn Bhd (NTV7), Sistem Televisyen Malaysia Berhad, Media Prima Berhad, Sime Darby Property Berhad, Boustead Holdings Berhad dan LTAT.

Beliau adalah pemegang Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Acadia, Kanada dan Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan (Kewangan) dengan kepujian dari University of Hull, England.

Beliau juga merupakan ahli Institut Akauntan Pengurusan Bertauliah (CIMA), UK dan Akauntan Bertauliah Institut Akauntan Malaysia (MIA).

Pengerusi Tabung Haji Tan Sri Md Nor Yusof berkata, beliau yakin kemahiran dan pengalaman luas dimiliki Amrin akan dapat membawa Tabung Haji ke tahap lebih cemerlang dan membanggakan.

Tabung Haji kini mempunyai kira-kira sembilan juta pendeposit dan dana terkumpul hampir RM80 bilion.

Md Nor turut menzahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Nik Mohd Hasyudeen atas komitmen serta usaha beliau dalam memajukan Tabung Haji sebagai institusi Islam dihormati kerana pencapaian dan tadbir urus yang baik. Nik Mohd Hasyudeen telah menerajui TH semenjak 1 September 2019.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Harga diesel turun 30 sen seliter minggu ini

HARGA diesel di Semenanjung diturunkan 30 sen seliter bagi tempoh 18 Jun hingga 24 Jun ini. Kementerian Kewangan dalam kenyataan...

More Articles Like This