“Perlu ada budi bicara dan perikemanusiaan dalam penguatkuasaan” – tegur Muhyiddin

Dari Penulis

PERDANA Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, hari ini mengingatkan agensi penguat kuasa yang menjalankan kawalan dan pemantauan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) mencegah Covid-19 supaya menggunakan pendekatan lebih berhemah.

Katanya, ketegasan penting untuk memastikan peraturan dipatuhi tetapi dalam masa sama perlu ada budi bicara dan perikemanusiaan terhadap tindakan bakal dikenakan.

“Perlu ada budi bicara dan perikemanusiaan dalam tindakan yang diambil menurut ruang lingkup undang-undang supaya usaha kita untuk mendidik masyarakat atau komuniti akan lebih diterima.

Abang Burger yang disaman RM50,000 kerana berniaga melebihi masa ditetapkan. – Gambar Internet

“Hal ini sangat penting, terutamanya dalam situasi pandemik Covid-19 yang memberi kesan sangat besar kepada kehidupan rakyat. Ada (rakyat) yang berikhtiar menjalankan perniagaan kecil-kecilan untuk menampung perbelanjaan seperti menjual burger, makanan ringan, minuman ataupun hasil tanaman masing-masing.

“Mereka ini bukanlah pemilik syarikat atau pertubuhan perniagaan yang besar tetapi hanya pemegang lesen untuk berniaga sendiri secara kecil-kecilan,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Pertandingan Komuniti Zon Hijau Covid-19, hari ini.

BERITA BERKAITAN Colek atau abang burger, kompaun RM50,000 terlalu tinggi – Ismail Sabri

Muhyiddin turut berharap kerjasama dan persefahaman yang baik antara masyarakat serta pihak penguat kuasa akan mampu memperkasakan lagi komuniti untuk bersama-sama menjayakan usaha membendung penularan jangkitan virus Covid-19.

Katanya, yakin jika sikap saling mengingatkan ini diamalkan, maka amalan norma baharu dalam kehidupan dapat dibudayakan.

Media sebelum ini melaporkan peniaga burger, penjual colek dan pengusaha kedai runcit di Kelantan masing-masing dikenakan kompaun RM50,000 kerana beroperasi lebih masa yang mendapat simpati daripada orang ramai.

Peniaga berkenaan mendakwa didatangi penguat kuasa melakukan pemantauan terhadap pematuhan SOP dan terus menulis kompaun dengan nilai berkenaan.

Sementara, Kementerian Kesihatan (KKM) semalam memaklumkan akan menilai semula kes berkenaan peniaga-peniaga berkenaan sama ada diberi pengurangan atau diberikan pengecualian.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kanak-kanak maut selepas terjatuh ketika mandi di kediamannya

SEORANG kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh ketika mandi di bilik air kediamannya di Taman...

More Articles Like This