UPSR mansuh, PT3 dibatalkan tahun ini – Menteri Pendidikan

Dari Penulis

KERAJAAN memutuskan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dimansuhkan sepenuhnya mulai tahun ini, manakala Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) dibatalkan untuk tahun ini.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin mengumumkan perkara tersebut dengan menyatakan keputusan memansuhkan UPSR dibuat berdasarkan kajian dan libat urus yang dibuat bersama pihak berkepentingan.

Beliau berkata, selaras pemansuhan UPSR dan pembatalkan PT3, maka pihaknya akan melaksanakan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) untuk mengukur pencapaian murid terlibat.

Katanya, Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) akan digunakan murid-murid terlibat untuk kemasukan ke sekolah berasrama penuh untuk tingkatan satu dan empat.

“Bagi murid sekolah rendah, kita akan perkasa PBD bermula tahun 2021 untuk bagaimana pentaksiran diadakan.

“Pemansuhan UPSR dibuat setelah kita membuat libat urus dengan pelbagai pihak termasuk ibu bapa, guru dan murid. Malah pagi ini saya telah bentang memorandum Jemaah Menteri, untuk pemansuhan UPSR sepenuhnya bermula 2021.

“Bagi PT3 pula, antara asas dipertimbangkan adalah mengambil kira masa yang ada murid untuk buat persediaan secara bersemuka dengan guru, keadaan penularan pandemik belum ditangani sepenuhnya dan keadaan semasa,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Harga diesel turun 30 sen seliter minggu ini

HARGA diesel di Semenanjung diturunkan 30 sen seliter bagi tempoh 18 Jun hingga 24 Jun ini. Kementerian Kewangan dalam kenyataan...

More Articles Like This