Haiza cerita cara didik anak berpuasa & keinginan mahu tambah cahaya mata

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

WALAUPUN anak sulungnya sudah berusia sembilan tahun, namun penyanyi dan penyampai radio, Haiza tidak pernah terburu-buru untuk menambah bilangan anak.

Menurut Haiza, dia lebih selesa untuk menyerahkan soal rezeki bagi menimang cahaya mata kepada Allah SWT.

“Ada juga orang sekeliling bertanya pada saya bila nak tambah anak lagi memandangkan anak sulung sudah besar. Tapi saya hanya akan memberikan jawapan, belum ada rezeki lagi.

“Sejujurnya, saya tidak tertekan dengan pertanyaan itu memandangkan saya sejenis yang tak suka kusutkan kepala dengan soalan-soalan begitu. Saya hanya serahkan urusan itu kepada Allah SWT sebab dia lebih tahu bila waktu sesuai untuk beri saya rezeki anak.

“Malah suami pun tidak pernah mendesak untuk saya mengandung lagi…dah ada seorang pun saya rasa bersyukur sangat-sangat,” katanya.

haiza
Haiza bersama keluarga kecilnya

Haiza berkata demikian ketika ditemui pada majlis berbuka puasa Indigital Music di 10gram, Puchong, Selangor, baru-baru ini.

Sementara itu, berkongsi rutin hariannya dalam mendidik anak tunggalnya, Nur Iman Syafie belajar berpuasa, Haiza atau nama sebenarnya Rohaizah Nordin,41, tidak pernah menggunakan kekerasan dalam mengajar anaknya erti menahan lapar dan dahaga.

“Anak zaman dulu dengan sekarang tak sama…jauh berbeza, jadi cara didikan pun kena guna kaedah yang lain. Sebab itu saya selalu gunakan cara ‘reverse pschology’ untuk ajar anak.

“Saya sejenis yang tak mahu terlalu memaksa anak untuk berpuasa, tapi alhamdulillah Iman seorang yang cepat ikut dan sudah terbiasa tengok saya serta suami berpuasa.

“Lama kelamaan dia pun tertarik untuk ikut berpuasa. Pada saya lebih baik begitu, dia nak buat sebab atas kehendak diri sendiri, bukan sebab disuruh atau dipaksa.

“Kita tak mahu anak jadi penipu pula. Iyalah, bila kita suruh puasa tapi sebenarnya dia tak berpuasa pun dibelakang kita. Kalau boleh saya tidak ingin perkara itu terjadi,” ulasnya.

Untuk rekod, Haiza yang merupakan penyampai radio Kool FM mendirikan perkahwinan dengan Norhanaphe Omar,41 pada 24 Ogos 2007.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Gali pengalaman sendiri, Shiha Zikir kongsi kisah survival hidup dalam single Mula

PENYANYI, Shiha Zikir mengambil pendekatan berani dengan menolak trend lagu jiwang klise menerusi pelancaran single terbaharunya yang berjudul Mula. Kolaborasi...

More Articles Like This