Resipi daging goreng jintan

Dari Penulis

Sedapnya daging goreng jintan ini. Jom cuba resipi yang dikongsi oleh Hanieliza Kamarudin yang mudah dan semestinya sedap. Sesuai dijadikan hidangan untuk seisi keluarga.

BAHAN A
500g daging -hiris nipis
2 sudu besar serbuk jintan manis
1 sudu kecil lada hitam- tumbuk
1 biji buah tomato- belah 4
1 sudu besar jus limau nipis
2 sudu besar minyak masak
Air secukupnya
Garam

BAHAN HIRIS
3 cm halia
1 tangkai cili merah
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
3 tangkai cili hijau
1 labu bawang besar
1 tangkai daup sup
1 tangkai daun bawang

CARA

  1. Panaskan minyak dan tumiskan halia, bawang merah dan bawang putih sehingga wangi.
  2. Masukkan jintan dan lada hitam. Kacau rata.
  3. Kemudian masukkan daging dan air secukupnya untuk merebuskan daging sehingga lembut.
  4. Bila daging telah lembut dan kering air masukkan, cili dan bawang yang dihiris. Kacau rata.
  5. Masukkan buah tomato, jus limau, daun sup dan daun bawang.
Foto dan resipi: Hanieliza Kamarudin

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Bukan Sekadar Minuman Moden, Koppiku Bawa Misi Lestarikan Warisan Peniaga Cendol Jalanan

BERDEPAN arus pemodenan, ikon pencuci mulut kebanggaan rakyat Malaysia iaitu cendol, kini diberi nafas baharu menerusi inovasi minuman gaya...

More Articles Like This