Pemuda Pas mohon kerajaan benar rentas negeri Aidilfitri dengan bersyarat

Dari Penulis

HARi Raya Aidilfitri semakin dekat dengan Ramadan telah mula memasuki minggu ketiga.

Sudah tentu, isu utama yang diperkatakan rakyat Malaysia kini adakah mereka akan dibenarkan rentas negeri untuk pulang berhari raya bersama keluarga di kampung memandangkan kes jangkitan baharu agak tinggi ketika ini.

Bagi Pemuda Pas, kerajaan perlu mempertimbangkan permohonan agar rentas negeri sempena Hari Raya Aidilfitri dibenarkan dalam kalangan rakyat, terutama untuk penduduk di kawasan hijau.

Ketua Pemuda Pas, Senator Ir Khairil Nizam Khiruddin bagaimanapun berkata, kebenaran itu harus diiringi dengan syarat individu berkenaan melakukan ujian calitan pengesanan Covid-19 tiga hari sebelum pulang.

Pada masa sama beliau meminta kerajaan untuk memperincikan pelaksanaan penguatkuasaan prosedur operasi standard (SOP) agar bersifat adil dan saksama mengikut undang-undang negara serta selaras dengan hukum Islam.

“Pihak kami sedar bahawa terlalu banyak keluhan dan aduan daripada rakyat berkenaan pelaksanaan penguatkuasaan SOP yang ditetapkan oleh pihak kerajaan hari ini.

“Perkara paling hangat dibincangkan adalah berkenaan penguatkuasaan SOP dua darjat seperti kenyataan yang saya keluarkan beberapa hari yang lepas,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya semalam.

BERITA BERKAITAN Sidang Khas MKN Isnin ini muktamadkan SOP raya, rentas daerah

Menerusi hantarannya juga, Khairil Nizam yang merupakan Ketua Pemuda Perikatan Nasional (PN) turut memuat naik pertemuannya bersama Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz pada Jumaat.

Khairil Nizam berkata, beliau turut membangkitkan isu berkenaan SOP sewaktu di bazar Ramadan.

“Sekali gus mempertimbangkan nasib peniaga-peniaga kecil dan juga ibu ayah yang jadual bekerja padat serta tidak cukup masa untuk membuat persiapan berbuka puasa di rumah,” katanya.

Menurutnya, Ikmal juga maklum terhadap perkara berkenaan dan berjanji membawa maklum balas itu kepada Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

90,000 belia dan pelajar nikmati lesen motosikal percuma tahun ini

KERAJAAN memperluaskan Program MyLesen B2 dan MyLesen B2 Sekolah (MyB2S) tahun ini dengan memberi manfaat kepada 90,000 belia dan...

More Articles Like This