Pas juga terbuka untuk jalin kerjasama dengan UMNO – Afnan

Dari Penulis

JIKA Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) terbuka untuk bekerjasama dengan UMNO, Pas juga tiada masalah untuk mengikut langkah sama selagi dasar parti itu tidak bercanggah dengannya.

Ketua Pemudanya, Afnan Hamimi Taib Azamudden berkata, pendirian Pas sejak dahulu tidak berubah iaitu boleh bekerjasama dengan mana-mana pihak asalkan tak bercanggah dengan dasar yang dipegangnya.

“Kita pun pernah bekerjasama dengan UMNO sebelum ini, sekarang berpisah. Bersatu pun sebelum ini tak pernah ada kerjasama (dengan Pas), tapi sekarang ada kerjasama.

“Jadi semua kemungkinan-kemungkinan itu boleh berlaku. Asas kepada politik ini ialah muafakat dan sudah tentulah bagi parti yang berteraskan agama seperti Pas, keutamaan Islam itu di hadapan.

Baca artikel lain: Tangguh pencalonan MPP PKR tiada kaitan dengan cuti Rafizi – Dr Zaliha

“Pas menerima dan terbuka (untuk kerjasama dengan UMNO),” katanya seperti dilapor portal Malaysiakini.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di Ibu Pejabat Pas di Kuala Lumpur, hari ini.

Terdahulu, Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata Bersatu yang merupakan serpihan UMNO mempunyai ideologi sama dengan parti itu, maka pihaknya sedia untuk bekerjasama bagi mencapai tujuan sama.

“Jika dilihat dari sudut agenda, UMNO ditubuhkan untuk memperjuangkan agama, bangsa dan negara. Hari ini, Bersatu juga memegang ideologi yang sama.

“Adakah mungkin satu masa nanti ada kerjasama? Ini bukan bermakna Bersatu tidak kuat tetapi kita terbuka untuk bekerjasama,” kata Hamzah.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

FacebookTwitterWhatsAppTelegramLinkedInCopy LinkShare


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Gempa bumi Mindanao: Hajiji mohon penduduk bertenang, patuh arahan

KETUA Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor meminta penduduk di sekitar Tawau, Kunak, Semporna dan Lahad Datu supaya bertenang...

More Articles Like This