ORANG ramai tidak perlu bimbang mengenai kesan sampingan apabila mengambil suntikan vaksin COVID-19 kerana kerana melindungi dengan bantuan khas jika ia memberi kesan sampingan yang serius dan memudaratkan.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata kerajaan telah meluluskan Bantuan Khas Kewangan Kesan Mudarat Vaksin COVID-19 untuk warganegara atau bukan warganegara.
Bantuan khas adalah seperti berikut:
i) RM50,000 jika kesan sampingan yang serius kepada penerima vaksin yangg memerlukan rawatan berpanjangan di hospital
ii)RM500,000 jika hilang upaya kekal atau kematian disebabkan vaksin COVID-19
Kerajaan bersetuju menyediakan dana permulaan sebanyak RM10 juta di bawah Kumpulan Wang Amanah Bantuan Bencana Negara (KWABBN) yang diuruskan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) bagi tujuan bayaran bantuan tersebut, katanya dalam kenyataan akhbar.
Kementerian Kesihatan telah menubuhkan tiga jawatankuasa di peringkat Kementerian bagi memantau dan menilai kesan mudarat susulan imunisasi dan isu keselamatan yang berkaitan dengan vaksin COVID-19.

