TH nafi wajibkan lengkap vaksin Covid-19 untuk ibadah haji

Dari Penulis

LEMBAGA Tabung Haji (TH) menafikan bahawa pihaknya mengeluarkan kenyataan mewajibkan mereka yang mahu mengerjakan ibadah haji perlu lengkap divaksin Covid-19.

Perkara itu dinyatakan menerusi entri terbaharu TH yang dimuat naik dalam akaun Facebook rasminya, malam tadi.

Poster dimuatnaik TH dalam entri Facebook miliknya.

“Maklumat yang tular di media sosial ini adalah PALSU! Para pendeposit dan bakal haji dinasihati untuk sentiasa merujuk kepada pihak TH bagi mendapatkan maklumat yang tepat,” kata TH dalam kenyataan itu.

Poster tular itu menyatakan Tabung Haji menetapkan syarat lengkap divaksin Covid-19 sebagai syarat untuk mengerjakan ibadah haji.

Ia turut mengajak pendeposit menutup akaun simpanan Tabung Haji mereka.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

LRT3 nadi mobiliti dua juta penduduk koridor barat Lembah Klang

PERKHIDMATAN Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) Laluan Shah Alam sepanjang 37.8 kilometer memperkukuh jaringan rel di Petaling Jaya, Shah...

More Articles Like This