Biskut red velvet nestum

0
714

Jika anda mencari resipi biskut raya mudah dan sedap, apa kata cuba resipi biskut red velvet nestum ini. Memang berbaloi!

BAHAN
330 gm tepung rose – ayak
1/4 cawan susu tepung – ayak
1 sudu kecil serbuk penaik – ayak
250 gm mentega
120 gm gula aising
70 gm hirisan badam
50 gm nestum – kisar kasar
2 sudu kecil red velvet emulco
1 sudu pewarna merah
1 biji telur + 1 sudu besar susu cair – hiasan
Nestum secukupnya

CARA
1.Putar mentega dengan gula hingga sebati.
2.Masukkan red velvet emulco dan pewarna merah.
3.Diikuti dengan nestum dan putar seketika sehingga adunan sebati.
4.Masukkan tepung redrose sedikit demi sedikit hingga adunan menjadi doh yang lembut.
5.Terap adunan, sapu telur dan tabur nestum di atasnya.
6.Bakar dalam ketuhar pada suhu 150°C selama 15 hingga 20 minit.

Resepi & Foto: Nor Suzila Mohamad (Qaseyhoney.Blogspot.Com)