Kaut RM200,000 sehari, RM6 juta sebulan – Polis tumpaskan sindiket bida barang mewah tidak wujud

Dari Penulis

“MODUS operandi sindiket ini menggunakan kaedah membida secara dalam talian barangan berharga yang tidak wujud di laman sesawang seperti rumah, kereta dan barang kemas.

“Sindiket kemudian mengarahkan pembida untuk membayar barangan yang dibida dengan separuh harga sebelum meminta untuk melunaskan bayaran penuh bidaan.”

Ketua Polis Selangor Datuk Arjunaidi Mohamed berkata sindiket yang mengaut keuntungan besar itu menyasarkan warganegara China di Negara Tembok Besar.

Bagaimanapu, polis berjaya menumpaskan sindiket tersebut dengan tertangkapnya 29 individu termasuk seorang warga China disyaki terlibat dalam sindiket penipuan secara dalam talian itu dalam serbuan di sebuah rumah teres di Suria Villa, Cheras di Kuala Lumpur, semalam.

BERITA BERKAITAN Sindiket seleweng RM15j minyak masak subsidi tumpas, 15 ditahan

Kesemua mereka terdiri daripada 24 lelaki dan lima wanita yang berusia lingkungan 20-an dan 40-an.

Arjunaidi berkata, dalam serbuan pada 5 petang itu, sindiket berkenaan telah beroperasi di premis itu sejak empat bulan lepas dan mengaut keuntungan mencecah jutaan ringgit.

“Sindiket dipercayai mengaut sehingga RM200,000 sehari dan dianggarkan memperoleh hampir RM6 juta setiap bulan,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian, malam tadi.

Memetik laporan Bernama.com, beliau berkata bertindak atas maklumat, polis telah membuat risikan selama sebulan dan mengesan kegiatan mencurigakan di dua alamat berbeza di kawasan taman yang sama.

Arjunaidi berkata hasil siasatan mendapati kesemua mangsa tertarik dengan taktik sindiket yang memaparkan keuntungan hasil penglibatan dalam aktiviti bidaan terbabit.

Polis turut merampas 116 telefon bimbit, 14 komputer riba dan 13 komputer meja dalam operasi itu.

Beliau berkata Polis Diraja Malaysia akan bekerjasama dengan kerajaan China untuk menjalankan siasatan lanjut untuk mengelakkan penipuan sindiket itu daripada berleluasa.

“Kes disiasat di bawah Akta 120 (a) Kanun Keseksaan dan Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu,” katanya.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

‘Saya terharu, lega akhirnya dapat jemputan ikhlas daripada Anthony Loke’ – Onn Hafiz

MENTERI Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi melahirkan rasa terharu dan lega kerana 'akhirnya' mendapat jemputan yang 'ikhlas' daripada...

More Articles Like This