Majikan tak benarkan pekerja jalani kuarantin boleh didenda

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

MAJIKAN yang tidak membenarkan pekerjanya menjalani kuarantin kendiri disebabkan mempunyai gejala atau kontak rapat boleh dikenakan penalti mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba, pekerja yang disyaki mempunyai COVID-19 atau merupakan kontak rapat selepas melakukan ujian saringan perlu diberikan kebenaran menjalani kuarantin.

Dr. Adham malah berkata, majikan juga boleh didenda sekiranya mengarahkan pekerja hadir hingga membawa kepada risiko penularan ke tempat kerja.

“Kita tak teragak-agak untuk memastikan bahawa semua majikan mematuhi Akta 342 kerana ada seksyen dalam akta tersebut yang mana boleh mengenakan penalti ke atas mereka.

“Tindakan boleh diambil jika majikan tidak membenarkan pekerja sama ada disyaki, berkemungkinan atau sedang menunggu hasil ujian, menjalani kuarantin kendiri sehingga keputusan diperoleh.

Baca artikel berkaitan: Kadar penggunaan vaksin cecah 75 peratus – Khairy

“Kalau pekerja itu kontak rapat, mereka perlu diberikan gelang untuk kuarantin selama 10 hari. Sekiranya mereka negatif, individu tersebut digalakkan membuat pengasingan sukarela sehingga yakin bebas daripada jangkitan,” katanya dalam sidang akhbar mingguan perkembangan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) hari ini.

Dalam pada itu, Dr. Adham turut memaklumkan sebanyak 106 kluster baharu telah dilaporkan antara 2 hingga 8 Mei lalu iaitu peningkatan 23.3 peratus berbanding 86 kluster baharu yang dikenalpasti minggu sebelumnya.

Beliau berkata, sebanyak 429 daripada 1,775 kluster yang dilaporkan pada 8 Mei merupakan kluster aktif iaitu peningkatan 34 atau 8.6 peratus.

Kata Dr. Adham, kluster yang dikenalpasti tamat juga meningkat sebanyak 67.4 peratus atau 72 kluster berbanding 43 pada minggu sebelumnya.

“Antara 2 hingga 8 Mei, sebanyak 44 atau 41.5 peratus kluster baharu adalah merupakan kluster tempat kerja manakala 33 atau 31.2 peratus adalah kluster komuniti.

“Sebanyak 19 kluster baharu dikenalpasti daripada kluster pendidikan, lapan aktiviti agama manakala masing-masing satu daripada pusat tahanan dan kumpulan berisiko tinggi,” jelas beliau.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Jenazah suami Nancy Shukri diterbangkan ke Kuching hari ini

JENAZAH suami kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri iaitu Datuk Kamil Misuari akan diterbangkan...

More Articles Like This