Awas! Sindiket curi nombor PIN, kata laluan guna aplikasi MyBNM palsu

Dari Penulis

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) menasihatkan orang ramai tidak terpedaya dengan sindiket jenayah menggunakan aplikasi MyBNM palsu yang telah merekodkan 57 kes dan mangsa kerugian RM1.7 juta tahun ini.

Sebanyak 53 kes dilaporkan dengan kerugian hampir RM2 juta bagi kes yang dilaporkan tahun lalu melibatkan penipuan penggunaan aplikasi yang telah ditamatkan perkhidmatan oleh Bank Negara Malaysia pada November 2020.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Datuk Zainuddin Yaacob berkata polis telah mengesan sindiket penipuan yang menjadikan aplikasi itu sebagai subjek untuk menipu mangsa dengan menyamar sebagai pegawai agensi penguatkuasa.

“Mangsa dalam kes-kes sebegini akan dihubung ioleh suspek yang akan menyamar sebagai pegawai dari agensi penguat kuasa termasuk BNM. Mangsa akan diminta memuat turun aplikasi MyBNM yang palsu.

BERITA BERKAITAN Buku skrip menipu mangsa antara dirampas dari sindiket scam

“Melalui aplikasi tersebut mangsa akan diminta memasukkan maklumat seperti nama, nombor kad ATM, nombor pin ATM, nama pengguna dan kata laluan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Zainuddin berkata, setelah maklumat itu diperoleh, sindiket akan membuat pindahan wang dari akaun mangsa ke akaun pihak ketiga atau ‘keldai akaun’.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai lebih berhati-hati dan menitikberatkan langkah-langkah keselamatan.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pemandu treler hempap kereta sebabkan empat maut di Karak positif dadah

PEMANDU treler yang terlibat dalam kemalangan mengorbankan empat nyawa selepas kenderaan berat itu menghempap sebuah kereta di Kilometer 43...

More Articles Like This