3,780 penularan COVID-19, Kelantan dan Kedah lebih 300

0
932

SELEPAS empat hari kes jangkitan baharu COVID-19 berlegar di atas angka 4,000, hari ini penularan dalam negara kembali turun apabila 3,780 kes dilaporkan.

Selangor terus mencatatkan penularan tertinggi dengan kekal empat angka pada kadar 1,275 kes hari ini.

Walaupun jumlah itu menurun berbanding 1,507 kes baharu COVID-19 semalam, namun ia sekali gus menjadikan secara keseluruhan sebanyak 153,663 kes dilaporkan di Selangor sahaja setakat ini.

Dua negeri iaitu Kelantan dan Kedah mencatatkan lonjakan mendadak hari ini dengan masing-masing merekodkan 357 dan 363 penularan baharu.

Keadaan tersebut berbeza dengan semalam apabila 109 kes dilaporkan di Kelantan manakala 239 dikesan di Kedah.

Baca artikel berkaitan: 4,140 kes baharu, Johor, P. Pinang meningkat, Kelantan turun

Sarawak juga mencatatkan peningkatan hari ini berjumlah 405 kes berbanding 324 yang dilaporkan semalam.

Beberapa negeri menyaksikan penurunan mendadak jangkitan baharu termasuk Johor dan Pulau Pinang yang merekodkan 224 serta 187 kes hari ini berbanding 433 dan 338 kes semalam.

Penularan kes di Terengganu turut susut kepada hanya 58 kes hari ini berbanding 119 semalam.

Sementara itu, berdasarkan hantaran Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah di media sosialnya, Kuala Lumpur turut mencatatkan penularan tinggi hari ini berjumlah 342 kes.

Negeri-negeri lain yang merekodkan jangkitan baharu pada kadar tiga angka termasuk Perak (115), Melaka (122) dan Pahang (159).

“Dua negeri lain turut merekodkan dua angka kes iaitu Sabah sebanyak 87 dan Negeri Sembilan berjumlah 70 kes.

“Sebanyak tujuh kes masing-masing dilaporkan di Labuan dan Putrajaya manakala hanya dua kes di Perlis,” katanya dalam hantaran tersebut.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram